Graduation and Concert Day TPW 2011

Salam Khamis…

akhirnya ada gak masa nak update pasal kisah hari graduasi dan concert day Tadika Perintis Wawasan tahun 2011 yang wafiy join 2 tahun berturut-turut..rasanya sana-sini semua Tadika tangah hangat dengan peristiwa ni, sebab tgk kat blog kwn2 dan status update kat FB/ Twitter cakap benda ni..

kejadian pada 20 November (Ahad) lepas. tempat di MAEPS sajer..ala yg tempat MAHA every year tu. Tapi, wafiy tak grad lagi ***hehehe sebab baru nak masuk 5 tahun umur dia. semua students kena join sbb ada persembahan utk setiap kelas. ada rehearsal siap, mcm org dewasa je gayanya. rehearsal hari Sabtu nyer. Mak bapak yang bercita-cita tinggi macam kami ni mmg sangat teruja nak tgk anak2 kesayangan beraksi…sampai sanggup tunggu masa rehearsal tu padahal teacher kata tak payah tunggu…sabor je teachers..pasal budak2 ni sesetengahnya kalau ada parents lagi buat perangai mengada2…termasuk wafiy hehehe..

seronok betul tgk ragam dan aksi kanak2 yang semuanya cerdik2 dan keletah dalam gaya tersendiri. tak sangka zaman cepat betul berubah, kanak2 pun dah semakin advance. gaya persembahan dah mcm org dewasa. tak kira costume dan pakaian diorg lagi. Wafiy join 3 slot. memula Lion King (yang dia jadi hero sebab teacher dia kata dia hensem..ni kwn wafiy yg cakap..sabo jela..), pastu joget Lolli polli (ntah apa lagu K-Pop tu…tapi layan laa) and joget Little Tea Pot (eh lupalaa tajuk penuh dia..)..boleh tahan jgk anak bujang saya ni merambu…dan it is so amazing how the techers can handle these little kids untuk ingat semua steps sekali dengan aksi dan lagu tu..alahai…baru sedar akan pengorbanan dan kegigihan seorang guru *insaf kejap*. kalau mama nye yang diberi tugas tu, mmg hancuss budak2 tu..kena marah bagai. kena ingat tu, bukan mudah menjadi seorang guru, apatah lagu guru sekolah tadika.

dalam banyak2 persembahan wafiy tu, ada satu scene dalam Lion King tu kan, wafiy kena gelak dengan semua parents pasal dia bersin 2 kali masa perform..aii mama dah cuak, jgnla anak aku buat perangai bukak mask ke hapa ke…sikiiittt lagi dia nak tonyoh hidung dgn tapak tangan..tapi nasib baik wafiy behave, cuma usik skittt je idung dia…*nasibbbbb baikk*. lepas persembahan mama kawan dia kata aikkk hero bersin daaa……

makan duluuu

 

kakak mia pun join makan

 

performing Lion King

 

amboi..ehemmmm

 
 

persembahan penutup...bersepahhhh

acara kemuncak dia adalah penyampaian scroll kepada students 6 tahun dan jugak award untuk 3 kategori yang dah lupa hahahaha sabo jela..salah satu  award adalah Kaizen. Nak dijadikan cerita, antara salah seorang students penerima awards tu terselitlah nama wafiy. wah mama dan papa tak lah harap sgt anak dapat award sebab tahu mcmana perangai dia. cuma adala teacher cakap wafiy pandai iqra’ dan pandai baca. dah stage K4 reading English dan Malay (K4 tu stage dalam silibus tadika smart reader rasanya). kira ok la..dalam nakal2 tu ada gak la hasilnya wafiy oiii…bangga memang la bangga…fuhhh kembang hidung papanya..
 

jejari gumuks mcm..erkkk papa

 

comel macam....papa jugak hehehe

 secara keseluruhannya, hari konsert tu sangat enjoy. selain dapat tengok bakat terpendam anak2 yang tak disangk akan terjadi, kitorg parents dapat jgk tukar2 opinion dgn management tadika, dan dapat get in touch dgn the dedicated teachers. Dapat jugak info dan statistik kemajuan dan prestasi anak2 sendiri selain daripada repot kad diorg. damia ternganga la tgk budak2 sebaya dia perform atas pentas. Papa siap cakap :takpe kakak, thn depan kakak pun boleh dance camtu. sebab thn dpn kakak skolah dgn along kan: terus damia tarik muka (dia masih takdpt terima kenyataan bahawa kitorg nak tranfer sekolah dia dari tadika sekrg ke tadika yg up sikit hehehe. takpe la pujuk pelan2. *erkk kalau tak mau gak hangus laaa duit deposit ratus2 tu nak oiii..janganlaaaaa***
 
kami jgak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada pengurusan dan juga teacers yg mengajar dan mendidik wafiy selama ni. nak bagi hadiah besar2 tak de bajet hehehe…cukuplah apa yg ada jer ye cikgu :p
 
p/s: Harimau Muda telah tewas kepada Syria malam tadi..takpe..kalah kita sokong menang apatah lagi, kan..cheersss!!!

9 Comments (+add yours?)

  1. aishahkay
    Nov 24, 2011 @ 13:28:20

    wah! hebatlah wafiy ni…🙂

    Reply

  2. liya
    Nov 24, 2011 @ 15:25:22

    Macam-macam perasaan kan sis masa tgk anak kita perform..sebak..bangga..gembira..

    Reply

  3. Azrinna
    Nov 25, 2011 @ 12:02:59

    2 tahun lagi saya pula akan rasa anak graduation pula.

    Reply

  4. shahsulong
    Nov 25, 2011 @ 20:32:56

    kakak mia ye? ada happy news kah? ida tertinggal keretapi nih..

    Reply

  5. wada
    Dec 12, 2011 @ 15:24:55

    salam mamawafiy, sy baru nak hantar anak2 sy ke tadika perintis wawasn mulai januari ni, i’allah……boleh share pengalaman kat tadika ni? ok ke tadika ni? guru2 dia mcmana? management dia mcmana? aktivitinya ok ke? boleh PM saya kat wadahoney@yahoo.com

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: