Syukur Ya Allah…

Syukur dah sampai ke hari Jumaat untuk kesekian kalinya…

setiap kali Jumaat, kebanyakan kita bersyukur dan rasa lega sebab ianya menandakan hujung minggu dah nak mula. Hujung minggu la nak buat benda2 yang tak dapat nak dilaksanakan masa hari bekerja. Nak masak sedap, nak pegi shopping, nak bawak family jalan-jalan, nak balik kampung, nak buat semua lah yang tak sempat nak buat..betul tak?

cakap pasal bersyukur…

saya pernah baca dalam buku motivasi tempatan, katanya kalau betul kita bersyukur, jangan cakap aje. Sebab dalam Islam, kesyukuran bukan setakat di bibir saja, tapi perlu dihayati di dalam hati dan diterjemahkan melalui perbuatan (Wah ayat skema mcm esei SPM laaa). Sama mcm bila kita mengaku kita Islam, bukan setakat kat bibir je, perlu dihayati dengan lidah, di hati dan diamalkan. Maksudnya amalkan perbuatan yang disuruh oleh Islam.

bersyukur ada cahayamata utk bermanja

Bersyukur ni bagi saya senang jer. Bila kita dah dapat sesuatu, tak kisah la kita suka atau tidak, kena ucap terima kasih. Lepas tu, bila dah dapat  sesuatu kenalah balas balik. Macam pepatah Melayu, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi, kita merasa. Jika kita kata kita syukur Allah bagi kita kesihatan dan rezeki yang baik, memang auto kita cakap terima kasih Allah kat mulut dan hati. Tapi jgn lupa lepas tu balas la pemberian Allah dengan buat benda baik-baik, termasuk amal ibadah yang wajib (tu yang paling penting). Saya cakap ni bukan sebab saya baik sangat, tapi sebab dah banyak kali nampak org kata dia syukur Allah bagi itu bagi ini..tapi tengok-tengok balik syukur tu hanya di bibir..rupanya tak sampai kat hati, tak sampai kat anggota badan. Contoh mcm ni, kita bagi sedekah kat orang pastu orang tu guna duit sedekah tu untuk beli nombor ekor.

bersyukur dpt kemudahan awam yang bagus utk masa lapang

Jadi, hari ni saya amat bersyukur Allah berikan kesihatan yang baik, rezeki yang baik, termasuk keluarga yang baik. insyaallah. Moga Allah berikan kekuatan untuk kita terus menghadapi hidup ini…amin

bersyukur ada anak lelaki yang sihat

8 Comments (+add yours?)

  1. wahida
    Nov 11, 2011 @ 15:05:14

    hensem anak bujang ko nok…

    Reply

  2. mrsharis
    Nov 11, 2011 @ 18:43:30

    Betul tu..klu bersyukur hati sentiasa tenang.

    Reply

    • mamawafiy
      Nov 14, 2011 @ 08:53:14

      true…so true..
      bersyukur dgn apa yg ada jgk dpt buat mood kita ok..dari asik nak mengenang apa yg kita tak ada je buat semak otak kan

      Reply

  3. liya
    Nov 14, 2011 @ 11:58:03

    yup..klu ikutkan nafsu manusia ni memang sentiasa tak cukup. Tapi sampai bila??? so apa yg ada skrg ni cukup la..selagi hidup tak melarat dan meminta-minta kan..

    Reply

    • mamawafiy
      Nov 14, 2011 @ 12:44:58

      iye….kdg2 akak pun camtu,,,sah ada lipstick Loreal nak lipstick Clinique pulak hahaha apadah perumpamaan x blh pakai punyer..

      Reply

  4. mamawafiy
    Nov 14, 2011 @ 12:45:21

    sah= dah

    typo error is always my middle name🙂

    Reply

  5. liya
    Nov 14, 2011 @ 16:24:15

    Tu small matter kak..🙂

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: