tetiba jadi merapu

Salam Rabu..

cuaca baik, mood agak baik..cuma sakit tengkuk lepas cakap dgn mat saleh UK tadi..lama pulak tu. suruh duduk dia tak mau, mentanglah saya ni pendek :-(pastu dia selamba jer la blah. saya gak yg gosok2 tengkuk..bukan sebab goosebump tapi sakit tengkuk deiii..budak2 kaunter lobi dah gelak2 tgk saya borak dgn mamat chris tu..nasib baik tak datang meroyan diorang snap gambar saya..mau huru hara saya kena gelak satu opis.

things to ponder hari ni:

  • kenapalah ada lagi kegiatan vandalisme kat Malaysia sekarang ni. Cuba jadi nasionalis sikit..tak banyak pun takper. memang la manusia zaman sekarang tak tahu betapa payahnya manusia zaman dulu mencari kemerdekaan dan kesejahteraan kat Malaysia ni, tapi agak2 la..dah dapat bunga tu jgn la nak rosakkan pulak. Ni tidak, habis label parking kete kat premis kerajaan pun nak dicontengnya. Bukan marah pasal itu parking saya, tapi terkilan sebab apa nak jadi laaa dgn rakyat malaysia ni…nak2 yg remaja tu la..saya suspek remaja je buat benda camtu. kalau org dewasa yang buat hmmmmm tak nak komen la…sendiri mau ingat
  • azam hari ini- nanti bila dah jadi bigboss atau somebody cuba seboleh mungkin cantikkan handwriting. Sebab dah selalu merasa sakit hati bila tak boleh baca handwriting Dato’- Datin- Tan Sri-JUSA C tu kan..halamakkk sakit mata sakit hati sakit dada semua ada. biar besar gedabak pun tak per, jgn halus mcm semut sampai tak boleh dibaca buat apa kan. kata bajet nak save ruang, nak jimat tapi kalau jimat tak boleh diguna pun buat apa kan. Tak cantik mcm tulisan Times New Roman kat Windows pun takpe lah janji boleh dibaca..eh eh faham tak korang ni..sorry la melalut pulak ##emo pasal kejadian pagi tadi- dihempuk dengan sekarung folder yang tak tahu biji butir##
  • everyday i love somebody/ something MORE MORE MORE …
  • kenapa budak perempuan kecik kat umah saya tu sekarang ni hari-hari nak pakai baju kurung? Lepas mandi je nak pakai baju kurung..siap cari sendiri dalam wardrobe dia pastu bajet ala-ala princess. Kalau baju kurung tu banyak tak per la..ini ada 8 ketul jer. Tu pun dah tahap ketat kat pinggang la..kain singkat la.tangan meretas laa..aduhhh jenuh mama nak belikan baju kurung baru pulak..(oittt mama beli tiap bulan takpe kan sebab mama punya duit ~~~~)
  • suka dengar lagu Dr Dre feat Eminem and Skylar Grey- I Need A Doctor..walupun lagu bunyi mcm ganas sangat tapi makna sangat mendalam….love love love…..

k lah..cukup-cukup la melalut tu. Ini sindrome pagi-selepas-bos-pegi- mesyuarat..harap maklumlah yer.

Selamat Menyambut Hari Rabu!!!!!!

6 Comments (+add yours?)

  1. wahida
    Nov 09, 2011 @ 17:25:36

    mat salleh mmg tinggi2 kan…busuk tak dia? selalu mat salleh ni bau busuk..huhu..

    Reply

    • mamawafiy
      Nov 09, 2011 @ 17:29:51

      yup..tak larat akak nak mendongak jer…hmm mat saleh chris ni ok jer wangiiii bau Armani🙂

      tapi kan, kita penah jgk jumpa mat saleh busyuk..uwekk

      Reply

  2. aishahkay
    Nov 09, 2011 @ 20:39:02

    mia perasan nak gi kerja jugak kut sally.. ari2 tengok mu dressing jer… hehehee

    Reply

    • mamawafiy
      Nov 10, 2011 @ 08:39:43

      hmmm..u got it right i think…most probably..sbb sblom dia dressing tu siap bulat2 mata tgk aku pakai apa..katalah hari sabtu, kan x keje..lps mandi aku pakai baju biasa la..tak pulak dia nak pakai baju kurung….

      Reply

  3. mrsharis
    Nov 11, 2011 @ 18:45:12

    Susah kak klu xde kesedaran sivik ni..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: