Ramadhan 5 {Sahur….}

Salam subuh Jumaat penuh keberkatan semua..

hari ni mcm biasa bangun sahur jam 5 pagi..panaskan nasi baki iftar malam tadi..dan masak ini:

ikan bilis + kentang + bawang + cili

menu ni mmg amat digemari sebagai pembuka selera..yalah pagi-pagi buta sapa yang lalu makan nasi kan? ini menjadi favourite encik abang since dia kecik lagi, katanya. nasib baik pandai masak bendalah ni..masak ker? goreng jer actually…makan bertambah-tambah encik abang pagi tadi..

nak resepi tak? ini dia:

Ikan Bilis Goreng Bersama Kentang

Ikan bilis ikut suka (kalau boleh ikan bilis kecik-kecik tu)

Sebiji bawang besar

2 ulas bawang putih

8 biji cili api (kalau nak lebih pedas tambahkan cili api)

2 biji kentang saiz sederhana (kalau banyak sgt kentang nanti muak)

Cara Masak:

1. Kupas kentang dan potong kecil-kecil ikut suka

2. Goreng kentang sehingga empuk. jgn garing sgt. dah empuk, angkat dan ketepikan.

3. goreng ikan bilis pulak sampai garing.

4. dalam kuali yg sama, masukkan kentang goreng tadi. kacau-kacau skit pastu masukkan bawang yg dipotong bulat dan cili api yg dihiris halus.

5. Bila agak-agak bawang dan cili dah layu, bolehlah angkat dan hidangkan.

Simple, kan?

selamat berpuasa everyone!! moga hari ni lebih baik dari semalam…

4 Comments (+add yours?)

  1. liya
    Aug 05, 2011 @ 14:35:29

    Ari tu buat jugak kentang ngan bilis ni tapi buat sambal..buh cili boh. Nyum..nyum..

    Reply

  2. aishah
    Aug 08, 2011 @ 14:40:27

    sedapnya… nak try buat jugaklah…🙂

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: