TT {11 Amalan Sunnah Khusus Di Bulan Ramadhan}

Saya copy paste saja daripada emel yang saya dapat dari Pegawai Hal Ehwal Islam (ustaz) kat office saya ni. Mudah-mudahan dapat membantu diri saya dan kita semua dalam mencari keberkatan dan kemanisan Ramadhan, insyaallah..

11 amalan sunnah khusus bulan Ramadhan

“Adalah penting bagi kita untuk mengetahui kalam Rasulullah SAW dalam bab kaifiat dan fadhilat ibadah.

 Ini kerana ia merupakan janji benar yang menjadi jaminan yang kukuh untuk kita berpegang dengannya. Menjadi sumber motivasi buat orang-orang yang beriman.

Berikut adalah beberapa hadith Rasulullah SAW yang menerangkan kepada kita bagaimana untuk mendapatkan impak maksima dari kebaikan Ramadhan.

Dipetik dari kitab Riyadhus-Solihin susunan Imam an-Nawawi dan kitab Feqh as-Sunnah susunan Sheikh Sayyid Sabiq. Semoga kita semua dapat mengamalkannya, insya Allah

1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar

Dari Anas r,a., bahawa Rasulullah SAW bersabda:  Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah. (HR Bukhari & Muslim)

 Dari Zaid bin Tsabit r.a. berkata:  Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah SAW, kemudian kami melaksanakan solat. Ada seseorang bertanya:  Berapa lama antara sahur dengan solat itu? Ia menjawab:  Kira-kira 50 ayat. (HR Bukhari & Muslim)

 Dari Amr bin Ash r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda:  Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur. (HR Muslim)

 2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka

Dari Sahl bin Said r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:  Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa. (HR Bukhari & Muslim)

 Dari Anas r.a. berkata:  Rasulullah SAW sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering). Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau meneguk air beberapa teguk. (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)

3. Berdoa sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.

Diriwayatkan oleh Tirmidzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah SAW bersabda:  Ada 3 golongan yang tidak ditolak doa mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.

4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:  Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: Sesungguhnya aku sedang berpuasa. (HR Bukhari & Muslim)

 Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya. (HR Bukhari)

 

 

 5. Bersiwak atau menggosok gigi.

Amir bin Rabi`ah berkata,  Saya melihat Nabi SAW bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya. (HR Bukhari)

 Abu Hurairah r.a. mengatakan bahwa Nabi SAW bersabda, Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.  (HR Bukhari)

 6. Bermurah hati dan banyak menderma.

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya:  Rasulullah SAW adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah SAW lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup. (HR Bukhari)

 7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.

(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah SAW bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)

Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.

 8. Memberi makan untuk berbuka puasa.

Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda:  Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu. (HR At Turmudzy)

 9. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:  Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu. (HR Bukhari & Muslim)

 10. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan

Aisyah r.a. berkata:  Bahawa Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya. (HR Bukhari & Muslim)

 11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.

Dari Ibnu Umar r.a. berkata: Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. (HR Bukhari & Muslim)

 Dari Aisyah r.a. berkata:  Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau dipanggil ALLAH Ta`ala, kemudian setelah beliau wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu. (HR Bukhari & Muslim)

 Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran yang besar dari hadith-hadith Nabi di atas. Janganlah dilepaskan peluang untuk mendapatkan pahala yang besar hasil dari usaha kita untuk bersungguh-sungguh melaksanakan sunnah di atas.

 Selain dari sunnah yang telah dinyatakan di atas, jangan lupa dan meremehkan lain-lain sunnah Rasulullah SAW seperti senyum, beri salam, solat jamaah di masjid, berbuat baik kepada ahli keluarga dan jiran, beri tadzkirah, merendah diri dan lain-lain.

 Mudah-mudahan hidayah dan taufiq menyinari hati dan jiwa kita semua dan mudah-mudahan melekat ke dada kita semua akan nilai besar Taqwa, amin.

 

 

(Susunan Nadia Zammil….Jakim)

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: