Resepi: Pulut Durian

Salam Selasa

hari ni ada potluck menyambut Ramadhan kat opis, seperti kebiasaannya..

dgn kata lain, hari ni adalah hari utk melantak tak hengat segala makanan hebat2 yang dibawa beramai2..posa aku? arghghhh…kantoi sehari hari ni!!

ok la..tujuan sebenar nak bagi resepi pulut durian atas permintaan puan AyuRattna kawanku tersayang…nah sila cuba yer dear..aku tau ko pandai masakšŸ™‚

{Pulut Durian}

Bahan-Bahan A (Pulut)

1 kg beras pulut, apa brand pun takpe- rendam dgn air semalaman. kalau nak cepat, rendam 2-3 jam pun takpe tapi kena kukus lama skit nak kasi lembut

1 kotak kecil santan Ayamas UHT – kotak warna biru, lupa berapa ml (saya suka guna santan segera brand ni sbb dia mcm santan perah segar)

secubit garam

2 helai daun pandan

Bahan B (kuah serawa durian)

10 ulas durian baek punya hahahaa

1Ā  senduk gula pasir- ikut selera, kalau suka manis lebihkan gula..tapi durian dah manis kan, so saya bubuh 1 senduk jer (senduk kuah tau bkn senduk nasi)

2 helai daun pandan

secubit garam

air bersih secukupnya

CARA MASAK PULUT:

1. Jerang air dalam pengukus. Bila air dah mendidih, naikkan beras pulut dan daun pandan dalam pengukus dan tutup pengukus ketat-ketat (kalau x ketat nanti tak kembang).

2. Dalam 10 minit atau bila pulut dah separa kembang, angkat pulut dari pengukus dan masukkan dalam mangkuk besar.

3. Tuangkan santan pekat dan garam dalam mangkukĀ berisi pulut. Gaul rata-rata. Kalau kurang masin tambah garam.

4. Masukkan campuran pulut ke dalam pengukus dan kukus sehingga betul-betul kembang (anggaran masa 20 minit).

5. Bila pulut dah betul-betul kembang boleh matikan api dan angkat pulut.

CARA MASAK KUAH SERAWA DURIAN

1. Masukkan durian, gula, santan dan daun pandan ke dalam periuk yang sesuai.

2. Tambahkan air bersih secukupnya agak-agak kalau nak pekat bubuh air sikit jer pasal nanti isi durian danĀ  gula tu akan jadi cair. Kalau cair sangat tak sedap..

3. Kacau campuran durian di atas api perlahan. Api kena perlahan kalau kuat nanti tak masak betul (mak saya kata).

4. Bila dah mendidih, kacau-kacau supaya tak pecah lemak.

5. Tunggu dalam 5 minit, kemudian boleh tutup api dan angkat kuah.

Dah siap pulut dan kuah tu, bolehla hidangkan..tadaaaa….simple dan mudah jer kan…

meh meh jamu mata..

ok sapa2 yang berminat tu bolehlah mencuba..lagipun skrg musim durian sana sini..bolehla cuba buat yer…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: