jom bersedekah sempena ramadhan

dapat emel ni baru kejap tadi..

tetiba rasa sebak bila teringatkan kisah anak-anak yatim dan bulan Ramadhan..

teringat mcmana mereka berpuasa dan berbuka tanpa ibu bapa dan keluarga..mesti sayu tak boleh cerita kan…hmm serius nak menangis ni..

walaupun saya bukan anak yatim..syukur banyak2 ya allah..tapi saya ada sepupu2 yg jadi anak yatim dari umur 3 tahun lagi..plus encik abang saya dah jadi anak yatim since 4 tahun dan skrg dah jadi anak yatim piatu pulak tu..hati saya mmg cepat tersentuh bab2 anak yatim ni…

so, kwn2 yg nak menderma sedikit sebanyak tu sila kan lah..tak mau derma kat rumah anak yatim yg ni pun tak pe..sedekah jer kat mana2 rumah kebajikan atau rumah anak yatim..atau paling tidak pun sedekahkan doa kepada semua anak yatim di dunia ni…saya pun bukanlah baik sangat  dan kaya sangat..tapi sedekah tu kan menyuburkan harta..sedikit sebanyak allah sayangkan kita sebagaimana allah sayangkan anak-anak yatim kan…

ni saya panjangkan lah..kot2 sapa2 nak sedekah..bukan paksaaan yer..seperti kata sorang pendakwah tu..saya lupa namanya..dia kata sedekah adalah tuntutan islam..jgn risau org tipu kita utk mintak sedekah, kerana allah maha tahu..janji kita dah tunaikan tuntutan kita (coz zmn ni byk sgt org gunakan nama rumah anak yatim utk mintak sedekah kan)..bagi saya, kalau kita mampun kita sedekah apa yg patutu, tipu tak tipu belakang cerita. tak kaya mana kalau nak makan duit anak yatim tu..allah timpakan bala lagi ada laaa..so jgn risau utk bersedekah..wallahua’lam..

Salam Sejahtera 1 Malaysia,

 INFAQ RAMADHAN UNTUK ANAK YATIM FAKIR MISKIN SEMPENA BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1432 H / 2011 M

(MAJLIS BERBUKA PUASA, MOREH, QIYAMULLAIL, SAHUR DLL)

 

Dengan segala hormatnya saya ingin merujuk perkara di atas

 

2. Berhubung dengan perkara di atas dimaklumkan bahawa Maahad Tahfiz ini mempunyai kira-kira 40 orang pelajar termasuk anak-anak yatim dan anak-anak dari mereka yang berpendapatan rendah yang sedang mengikuti pengajian sepenuh masa menghafal Al- Quran dan Pengajian Islam.

 

3. Sehubungan itu pihak kami berhasrat membantu para pelajar-pelajar ini dengan rendah hati memohon sebarang sumbangan dari pihak Tuan/Puan samada berupa wang zakat / kifarat / fidyah / derma / sedekah / wakaf ataupun berupa benda seperti makanan & minuman / beras / minyak masak / gula / pakaian / jubah putih dan sebagainya bagi meringankan beban dan mengembirakan mereka.

 

4. Oleh itu sebarang sumbangan Tuan/Puan bolehlah dimasukkan kedalam akaun Maybank Islamic Berhad diatas nama

 

“MAAHAD TAHFIZ AL KHOLIDI” NO. AKAUN 5520 2202 1434

 

dan kemudian memaklumkan pada pihak kami melalui emel, sms ke talian 017 546 9522 ataupun barang berupa benda boleh dihantar terus ke alamat kami.

 

5. Akhir sekali jutaan terima kasih dan moga-moga Allah S.W.T membalas jasa baik Tuan/Puan dan menambahkan rezeki yang berkat diatas keprihatinan Tuan/Puan terhadap mereka yang memerlukan dan pihak kami amat menghargai sumbangan tersebut.

 

Sekian. Terima kasih.

 

Yang benar,

 

Sanusi Saleh

 

Haji Sanusi Bin Saleh

(Pengerusi Al-Kholidi)

 

 

Masjid Nurussalam, Kampong Kubang Jelai, Tokai, 06660, Pendang, Kedah Darul Aman

No. Tel./Faks. +6 04 764 3581 / +6 013 368 9857 emel : maahadtahfiz.alkholidi@gmail.com

www.maahadtahfizalkholidi.blogspot.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: