My Edible Garden

 

salam Jumaat penuh keceriaan (coz esok dan lusa cuti!!)

hari ni busy mcm biasa eventho boss takde (psl kelamkabut buat keje bos)

tapi dah ptg2 ni mood berkejar dan berkelam-kabut dah agak merudum, so sambil minum air sambil update blog sekejap.

nak citer pasal My Edible Garden. Apa tu? alah..senang cakap, Kebun-Sekangkang-Kera-Yang-Tak-Berapa-Rupa-Kebun….

Alkisahnya, saya memang suka sangat berkebun. Bukan sebab apa, saya ni mmg anak pekebun pun, darah pekebun memang mengalir di dalam badan saya (chewahh ayat tak blh blah kooo). Umah abah kat Banting mmg penuh dengan tumbuh-tumbuhan, sebut je la apa benda pokok eksotik..semua ada..semua jenis rempah ratus, serai wangi, daun setulang dan lain-lain tumbuhan perubatan, almost all ada kat umah abah. So saya membesar dengan tumbuhan….Ada masa lapang je saya akan tolong mak dan abah menanam apa2 je jenis tumbuhan. Dan yang menariknya abah saya sangat suka tanam pokok bunga. Ada 2 wakaf tempat bunga berteduh kat umah abah, selalunya jadi tumpuan tetamu bila singgah. Penuh dengan orkid, berjenis-jenis orkid dan bunga roses. Pelik jugak sebab biasanya lelaki tak suka tanam bunga tapi abah mmg suka tanam bunga. Tanpa jemu dia akan siram bunga tiap2 petang..mak kurang gemar tanam bunga. Mak suka tanam pokok sayur-sayuran dan lain-lain pokok yg boleh buat masak mcm serai, lengkuas, bunga kantan, limau purut dan lain-lain. (senang nak masak..petik jer kalau nak guna). Pokok pandan jer dah mcm pokok bunga, berjambak-jambak. Ni bukan riak tau, ni nak menggambarkan betapa serasinya tangan abah dan mak dalam bab tanam-menanam ni..(org tua2 kata nak menanam pun kena ada serasi, tangan panas ke tangan sejuk ke…penah dengar tak kawan2?)

Memandangkan rumah saya tak ada banyak tanah lapang walaupun rumah adalah rumah teres (tapi bukan semi-D atau corner lot cam kwn2 yg lain tu..hmmm alhamdulillah ada rumah!), dan memandangkan saya suka berkebun, sikit2 saya cuba lah tanam pokok-pokok masakan asas kat ruang seconet kat umah saya ni..mcm pokok cili api, pokok limau purut, daun pandan dan daun kari. Encik abang (suami) biasanya akan gelakkan saya kaw-kaw kalau saya kata saya nak tanam sekian-sekian pokok kat umah kami..bukan apa, dia kata dah byk pokok menemui ajal di tgn saya..tak btul la tu..ada jgk pokok yg hidup subur….contohnya:

daun kari...

limau purut

cik aloevera...

 ada jugak pokok cili api dan daun pandan 2 pasu..tapi tak snap gambar..cili api dah penah 2 kali makan…pedas betul sampai berasap telinga even guna 2-3 biji jer..

so, sambung kisah My Edible Garden ni. Saya mmg minat dengan idea Tun Jeanne Abdullah (wife Tun Abdullah Ahmad Badawi) yang menyeru rakyat Malaysia menanam sendiri sayur-sayuran yang mudah ditanam dirumah masin-masing. Untuk jimatkan kos hidup disamping memelihara ekosistem alam semulajadi (chewaaahhh mcm profesor la pulak). Dan saya tgk jgk org Cina suka tanam sendiri sayur-sayuran kat umah sebab dpt sayur fresh tanpa bahan kimia yg banyak. So, saya pun plan nak tanam serba sedikit sayur-sayuran yang senang kat umah..sambil2 pegi balik keje dpt gak merasa hasil kalau menjadi. Dan balik2 keje boleh la tenangkan fikiran tgk kehijauan dan warna asli tumbuh-tumbuhan…

Jadinya, dengan semangat berkobar2 ni, kami pun mulakanlah aktiviti berkebun secara kecil-kecilan ni malam tadi..wafiy dan damia mmg tak sabar2 nak tolong (menyepahkan umah)…kami beli benih kat Tesco sekali dgn tanah campuran…fuhhh bersemangat sungguh kan..

tolong jgn tolong anak2 ku...beli di Tesco jer....semangat btl ni..sampai 3 benih tuu

kacang panjang along..kalau idup laaamia suka sayur ni...mudah-mudahan hidupptanaman anak-beranak

 

harapan saya, semoga benih tu membuahkan pokok2 yang dihajati…supaya tak kena kutuk dan gelak dengan encik abang hahahahaaa…(sebenarnya dia selalu tlg saya siram pokok2 ni…)

nanti kalau ada progress saya akan update lagi okeh!!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: