… (edited) and the wedding bell is ringing…

 
 1 mei 2011, adik ipar saya merangkap adik bongsu suami saya telah melangsungkan pernikahan beliau (hamboiihh skema gitu)

kenduri dibuat secara gotong royong atau ‘kecobos’ kata orang jawa. saya ni dgn budak kecik 2 org tu takde lah menolong sangat cuma skit2 jer pastu jadi Jawatankuasa Cabutan Bertuah hehehehehe.,,orang jawa  ni kalau kenduri kawin biasanya ada acara cabutan bertuah ni.sebagai perangsang dan tanda terima kasih pengantin kepada tukang rewang/ gotong royong tu..mmg unik la budaya ni. saya dulu masa baru2 kawin pun terkejut jgk…org jawa ni mcm2 budaya dia..tu tak termasuk makanan dan masakan dia lagi..

ok la sebelum menyimpang dan kena potong markah karangan tak rasmi ni, tugas JK Cabutan Bertuah ni agak mencabar la jugak..nak kena susun atur hadiah, nak kena aturkan sesi cabutan bertuah, nak tag hadiah dan nombor bertuah berkenaan daannnnnn yg paling payah tu nak mencari orang yg tukang cabut nombor tu…bukan apa, faham2 jer la org kita ni agak malu2 kucing skit nak beraksi dpn org ramai ni..ada yg kena seret la baru nak cabut nombor, pdhal idak ler susah beno nak mencabutnya tu…hmm…awok jgk ler yg berpeluh2 memanggil..deme buat donno jer haishhhh….itu blom kira org yg bertuah tu tak mau ke dpn ambik hadiah..nak kena paksa2 baru nak..wallaweh..gerammm la jgk..kang awok sambor hadiah deme baru tau (aikk pasal tetiba loghat Parit pulak ni…)

dipendekkan cerita, tugas saya berjaya dilaksanakan tanpa ada pergaduhan mahupun perebutan hadiah (cheewahhhh)..hadiahnya grand la jgk…paling busuk RM15 hahhahahha..paling ‘wangi’ Rm150..sponsored by Abang Ipar No.2 (abang pengantin pompuan)…

all in all, majlis memang meriah..walaupun penat, tapi tetap berjaya diadakan dengan perfect!! saya memula rasa agak sukar jgk sbb kali ni arwah mak dah tak ada (mak mertua)..kalau dia ada kira ok skit sbb ada org tua. arwah bapak – FIL saya mmg dah lama tak ada..saya pon tak pernah jmpa in person pasal since suami saya darjah 4 lagi beliau dah meninggal dunia..alfatihah for both arwah mak dan bapak…saya respect semua adik beradik suami saya..sbb walau mereka anak yatim piatu, merekan still bersatupadu dan rapat with each other…mereka tak pernah susahkan orng lain..apa2 benda mereka nak mereka cari sendiri..even masa arwah mak ada pun (saya sempat bersama arwah hanya 6 bulan jer..kahwin bulan 11 tahun 2006, bulan 6 tahun 2006 arwah meninggal..wafiy pun belum ada masa tu…) ..mengimbas kenangan la pulakkk hehehehee..

untuk adik ipar kesayanganku, akak ucapkan Selamat Pengantin Baru dik..moga kekal selamanya…akak sebak sebbab kamu anak yatim piatu dan sejak kamu umur 1 tahun dah tak ada bapak, pastu mak pulak pergi masa kamu baru dapat keje…dan skrg kamu dah jumpa kebahagiaan kamu pada masa hadapan dan selama-lamanya..akak menangis sebab akak dah anggap kamu mcm adik akak sendiri…akak harap sangat kamu bahagia selamanya…..insyaallah….

:: gambar majlis ada banyak dalam kamera tapi malas nak upload kat sini..dah upload dlm FB saya. kat sini letak skit jer untuk kenangan dan ingatan ::

:: moga bahagia selamanya :::: renjis renjis dipilis :::: simple ::

 

:: pic cilok dari FB G-ha ::

 

:: cilok jugak hehehe ::

 

:: kek sedappp..berbaloi walaupun rege mcm kek artis!! ::

 

:: simple ::

 

 
 

2 Comments (+add yours?)

  1. liya
    May 04, 2011 @ 11:27:57

    mencik..semalam dah komen tapi tak de pulak..

    Hehehe..comel pengantin.

    Reply

    • mamawafiy
      May 04, 2011 @ 11:31:11

      huhu akak pun mencik jgk sbb i upload 4 gambar selepas gambar pengantin tu hokey..tetiba yillek!!!grrrrr…caption ada la pulak…hmmmmmm……comel kan…

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: