…i’m tagged :25 Random Things About Me:…

puan lia kiut miut ni dengan segala hormatnya tagged saya untuk jawab 25 benda yang ‘apa-apa aje’ tentang saya….sebenarnya dah letih menaip separuh hari ni, plus mengantuk, but…demi mu lia akak gagahkan juga haaaaaaa…poyo jer kan…

Title: 25 Random Things ABout Me (eh kena jawab in English yer?manglish jer la yer..hehehehe)

1. saya ada 12 orang adik beradik (sorang dah meninggal, tinggal 11 ajer.) ramai kan..saya pasti ada di antara kamu tak tahu fakta random ini kan..walaupun ramai tapi amat susah nak mengumpulkan semua orang pada satu-satu masa….kecuali Hari Raya laa kan…

2. suami saya lebih muda setahun dari saya…walaupun beliau muda, beliau amat berwawasan lebih dari saya yang tua setahun ni haa…lelaki kan…harusla maju ke hadapan sikit…

3. saya suka berkawan, merata-rata mana saya pergi mesti senang dapat kawan. tapi, yang tak bestnya saya suka ‘lone ranger’ maksudnya saya tak kisah pun kalau nak pergi mana-mana tanpa kawan. atau tak kan kecik hati kalau kawan baik saya tak pedulikan saya selama mana dia mahu..sebab saya rasa sometimes humans need their own times being alone. ala-ala kebebasan asasi la gitu…

4. suka sangat dengan Taylor Swift dan semua lagu dia..nampak sweet dan easy listening di telinga saya. tak kisah orang kata saya tak sesuai dengar TS tapi, tak kisah laa..janji enjoy!!

5. sangat caring kat orang-orang sekeliling. tak kisah orang tu pernah menyakitkan hati saya sebelum ini…

6. senang memaafkan tapi tak mudah melupakan…selalu terjadi, kejap tadi hangin giler dengan seseorang tapi sejam kemudian dah boleh cakap balik dengan orang tu..apakah ini mood tak betul namanya? hahahahaaa

7. ada satu perangai pelik: kalau masa drive and nmpk orang jalan kaki ke, motor pancit ke kat tepi jalan, saya rasa kesian sgt dan cepat2 doakan dlm hati semoga beliau dilindungi Allah, especially kalau kat tepi jalan tu org perempuan, saya takut sgt mereka diapa-apakan oleh orang berhati binatang..tau jer la org zaman skrg hati ntah hapa2 ntah….mcm2 kes ada..saya pernah berhenti tanya kot2 dia perlukan pertolongan, end up dia buat derk jer..wallaweiii tebal muka ai ok..last2 malas dah nak berenti tanya…doakan dlm hati jer la udah🙂

8. sukakan kids and babies to the max!!!! tak kisah hitam ke, comot ke, gemuk ke..kurus ke semua suka lah!!

9. suka jalan2 keluar dari rumah..cepat rasa boring kalau dok umah jer…..

10. ahah!!saya bangga saya dah ada 2 orang anak yang sihat dan lasak..sorang 4 tahun sorang masuk 2 tahun bulan mac ni…

11. suka benda-benda berkaitan sejarah, filem: National Treasurers 1 dan 2, Night at The Museum, Armageddon, buku2 bibliografi, tokoh-tokoh sejarah, filem-filem riwayat hidup seseorang dan semua lah yang berkaitan dengan sejarah. sebab bagi saya, tanpa sejarah, tak bermakna hidup kita ni!!

12. susah nak minum air putih (air kosong) banyak2..rasa macam nak muntah beb..tapi demi menjaga kesihatan, slowly i’ve changed🙂

13. channel radio favourite: RedFM dan MixFM…sebab lagu dia semua best2 dan kurang iklan…

14. satu jer filem Hindustan yang saya suka: Mohabattein…lagu2 dalam filem tu pun adalah the only lagu hindustan yang saya suka, so far…(boleh terlena wooo kalau menonton filem hindi neh)

15. kalau marah, akan diam ajer sampai dah kool balik…buat apa bebel2 kalau marah nanti keluar benda bukan2 dari mulut nanti akan menyakitkan hati orang sekeliling pulak..

16. prefer seafoods rather than meats …dan saya alergic kepada daging lembu, kambing dan lain-lain haiwan berkaki empat yg sewaktu dengan mereka…nanti gatal2 satu badan saya….so kalau makan daging tak jemput saya tak marah langsung🙂 …lembu kambing kerbau senyum jer dengar statement saya neh…

17. suka rock rather than ballad…

18. teringin sangat nak pergi Jepun..nantilah one fine day ada rezeki panjang umur insyaallah sampai la saya..

19. selalu sangat beli barang pastu tak pakai sampai ke sudah….sebab beli: masa tu nampak ok dan cantik, bila dah digayakan, huh….rasa tak sesuai pulak. sekarang sedang merancang utk letgo atau sedekah ajer barang2 tu (most of them are clothes)…handbag pun sama cam tu…

20. saya tak pandai mekap, kawan-kawan. barang mekap tu kira ada la sikit tapi beli for the sake of festive seasons aje la..ntahla saya rasa it’s not really me yg mekap2 tu..saya ni mmg tak suka mekap!!! so, biarlah saya menjadi diri saya yang sebenarnya….

21. sekarang pakai sanitary pad jenama Libresse..dulu Laurier dan Kotex..Libresse ni best sangat tau….(iklan percuma la pulak)..sesuai dengan saya…murah pun murah….

22. suka jugak Linkin Park so muchhh….they r so creative!! (sekarang tengah dengar lagu baru diorang kat RedFM)

23. tak suka makan ubat…apatah lagi jamu..masa dalam pantang pun mengelat makan jamu..last2 mak yg habiskan..(patutla mak kuat dan hebat sampai sekarang!!)

24. tak suka pakai court shoes (office shoes yg bertutup tu la)..sebab rasa panas dan tak free..bila mesyuarat atau nak jumpa Dato’ je saya pakai court shoes..dalam bilik…wedges jer la nampaknya…

25. weeeee…it’s the last kan..ahem..ape yer….oh ya perkataan yang paling byk saya quote adalah HEHEHEHEHEHEHEEE…happy go lucky lah tu..

 

ok..there’s the list…nasib baik tak 50 kan…..thanks lia for the tagged…

erkk..lia, kena tag orang lain jugak ker?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: