…sepanjang perjalanan 2010…

bismillahhirrahmanirrahim

tiada pujian yang setinggi-tinggi pujian, hanya ditujukan kepada ALlah s.w.t

kerana telah menghidupkan dan merahmati diri saya selama ini..tanpa ada rasa meminta balas walaupun kadangkala diri ini menjadi alpa untuk bersyukur atas segala rahmat itu Ya Allah….

selang beberapa minit akan bertukar masa dan tahun, maka akan berkuranglah detik masa yang Allah janjikan buat saya di atas muka bumi ini..

Tahun 2010 banyak meninggalkan kenangan manis dan pahit juga, semuanya sebagai peransang untuk mencapai yang terbaik pada masa hadapan. Naik pangkat, dipermudahkan kerja, dikurniakan anak-anak yang sihat, keluarga yang sentiasa memahami dan sentiasa mendapat pertolongan Allah di dalam keadaan yang tidak disangka-sangka – semuanya bercampur gaul dan meninggalkan pengajaran yang paling tidak dapat dilupakan….

memikirkan masa dan tahun akan beranjak seketika nanti, teringat kepada pengakhiran hidup, iaitu kematian..minggu lalu saya telah menyaksikan betapa besarnya kuasa allah jika Dia mahukan sesuatu itu untuk terjadi..seorang rakan sekerja yang saya hormati kerana ketelitian kerjanya (walau hanya sebagai Pembantu Am Rendah) telah sekelip mata hilang di dalam keriangan suasana Hari Keluarga BPK di Ipoh, Perak. Membuatkan saya memikirkan secara matang apa agaknya yang terjadi jika saya atau orang-orang yang paling rapat dgn saya pergi meninggalkan dunia ini dalam sekelip mata sedemikian…dan saya nyata tidak sanggup memikir lebih jauh, bukan mahu lari dari kenyataan tetapi sebenarnya saya TAKUT….teramat TAKUT kerana bekalan masih tidak di tahap selamat….

oleh itu, menyedari bekalan tidak sebanyak mana, saya sangat-sangat berazam mulai tahun depan (tinggal lebih kurang 30 minit) saya akan pastikan solat saya mencukupi dan dikerjakan di awal waktu…kerana solat adalah tiang agama dan pencegah mungkar yang mujarab..selama ini saya lupa dan disibukkan dengan kerja dunia sampai kerja akhirat masih samar-samar walau garis panduan sudah ada di depan mata….

Ya Allah, saya memohon serendah-rendah hati yang hina ini, saya pohon agar diberikan kekuatan dan bantuan untuk mengharungi tahun mendatang dengan kemudahan dan keselesaan, sekiranya sesuatu yang selesa adalah tidak selesa bagiMu maka tunjukkanlah..sekiranya sesuatu yang mudarat adalah mujarab bagiMu, jua tunjukkanlah Ya Allah..lindungi semua umat Islam di mukabumi ini di dalam perjalanan hidup menujuMu, dan kurniakan kerendahan serta kelembutan hati kepada kami supaya dapat hidup dalam aman dan berkasih sayang sentiasa…

Amin Ya Rabbal ALamin……………..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: