…makan aiskrim kat Ice Room…

hari ni kan lunch hour adalah panjang
jadi, typical post after lunch hour adalah pasal makan makan makan (asik makan jer mamamia patutla kamu gemuks :-))

kami pergi makan aiskrim sedap kat Ice Room Nilai sana tu. tak la jauh sangat dari Putrajaya ni. Tengs to Cik Farahida Azrin and Rini my friends. Kamulah kawan pemakan saya selamanya🙂

Dipendekkan cerita, saya makan Famous Fried Rice, Fara makan Wantan Soup Noodle dan Rini makan Fried Mee Special. Gambar makanan malas nak ambik sebab ada freaky customer kat sebelah seat kitorang asik usha kitorang jer (saya rasa diorang jeles sbb aiskrim kitorang sedap).

Yang sempat diambil gambar adalah aiskrim-aiskrim sahaja. Gambar tak penting sangat, yang penting semua makanan adalah so delicious…dan berbaloi-baloi dengan harganya…

this is mine, tapi i tak la kedekut, kami share together..

ini pulak Farah punya..sangat sedap berbanding semua aiskrim yang kami bedal

Jadi, kepada peminat aiskrim yang nak cuba kesedapan aiskrim di Ice Room ni saya syorkan silalah cuba. Ada banyak branches kat Klang Valley ni, nak tau sila google sendiri ye. Harga sangat jauh rendah berbanding dengan Baskin and Robbin tetapi kualiti adalah setanding,. Jadi, mengapa bayar lebih (haha giler mcm Mydin pulak)…Silalah cuba ye..jgn risau, ianya HALAL (rasanya saya yg beriya tanya Ice Room ni halal ke tidak haha)

9 Comments (+add yours?)

  1. hafiz
    Aug 26, 2010 @ 13:58:46

    so akak confirm halal ni based on ape ye?
    ader terpampang sijil halal or check kat jakim or akak sndiri tnyer ngn jakim?
    sekadar bertnyer……

    Reply

  2. ahmad
    Sep 21, 2010 @ 13:48:43

    confirm tak halal, dah tanya pekerja ice room sendiri kata dia tak halal, ayam cucuk tengkuk, bukannya sembelih ikut cara Islam. diorg tunjuk gambar tu kat saya, saya tak boleh masuk dapur diorg tengok sendiri, bos dia ada.

    Reply

  3. Hamba Allah
    Oct 09, 2010 @ 11:56:01

    dah semangat nak pegi bila orang asyik dok sebut pasal ice room…rupenye cina punya…status halal meragukan….terus cancel..huhu

    Reply

  4. shahsulong
    Oct 11, 2010 @ 22:10:22

    ida hari tu makan aiskrem dgn mushroom aje.

    pastu2 x pegi2.. hmmm. sayangnya. capat la muslim food operator buat style ni jugak. tapi halal!

    Reply

  5. Trackback: …kata-kata daripada Wordpress: 2010 in review… « life’s like that
  6. Ima
    Jan 21, 2011 @ 16:56:21

    Salam,baru ni baca yang cawangan Kota Damansara kepunyaan Datuk Razali….tp belum berpeluang pi sana.

    Reply

  7. Ima
    Jan 21, 2011 @ 16:57:23

    lupa nak masukkan link mereka yang dah cuba….cawangan nilai pun dia punya…
    http://www.eelobor.com/2010/12/ice-room-di-kota-damansara.html

    Reply

  8. eelobor
    Dec 09, 2011 @ 20:29:44

    terima kasih ina…. kerana link kan blog saya kat sini. saya dah beberapa kali merasa ice room di kota damansara dan juga beberapa kali di prima sri gombak. bagi saya di kota damansara lebih selesa walaupun saya tinggal berhampiran dengan prima sri gombak. huhuhuhu

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: