…cuti dan pasport…

salam..
pagi-pagi dah dapat berita ini:

Majikan mesti beri pembantu rumah Indonesia rehat

PUTRAJAYA: Majikan akan diwajibkan memberi cuti sehari dalam seminggu kepada pembantu rumah warga Indonesia dan membayar mereka kerana bekerja pada hari bercuti jika kedua-dua pihak bersetuju pembantu rumah tidak mengambil cuti. Selain itu, pembantu rumah dibenarkan menyimpan pasport mereka kecuali kedua-dua pihak bersetuju ia disimpan oleh majikan. Ia dipersetujui dalam Rundingan Tahunan Ketujuh antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, di pejabatnya semalam dan diikuti majlis menandatangani Surat Hasrat berhubung syarat penggajian pembantu rumah Indonesia.
Memorandum persefahaman (MOU) mengenai Indonesia sebelum perkara itu dijangka menyusul dalam tempoh dua bulan lagi bagi membolehkan penghantaran pembantu rumah yang diberhentikan sejak Jun tahun lalu disambung semula.

Indonesia sebelum ini menggantung sementara penghantaran pembantu rumah ke Malaysia dan kedua-dua negara berunding untuk menyiapkan MOU baru berhubung perkara itu.

Pada persidangan akhbar selepas pertemuan empat mata dua pemimpin itu, Najib berkata hanya satu Surat Hasrat ditandatangani berkaitan bidang tenaga kerja, iaitu pelepasan atau cuti sehari seminggu kepada pembantu rumah Indonesia dan membenarkan mereka memegang pasport.
“Pihak majikan atau yang memberi pekerjaan kepada tenaga kerja Indonesia mesti memberi kelapangan sekali setiap minggu sesuai dengan Akta Buruh negara kita, tetapi jika kedua-dua pihak bersetuju tidak mengambil cuti, maka pekerja berkenaan boleh dibayar pampasan (in lieu) cuti itu.

“Misalnya, pembantu rumah tidak mahu mendapat kemudahan cuti, mereka tidak perlu (cuti) dan akan dibayar dengan pampasan yang setimpal dengan gaji mereka,” katanya.

Presiden Susilo tiba di Malaysia semalam bagi menghadiri Rundingan Tahunan Ketujuh itu dan dijadual berucap pada Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Menjawab soalan, Najib berkata isu gaji minimum tidak diputuskan walaupun pihak Indonesia ada memberikan angka yang dikehendakinya.

“Ia bergantung kepada rundingan lanjut. Kita tidak mahu menyatakan angka… mereka mencadangkan angka… sebab (ini) akan mencerminkan (gaji) pekerja kita sendiri,” katanya.

Najib berkata, Indonesia juga bersetuju mengeluarkan visa bagi tempoh dua tahun untuk pelajar, sekali gus isu berkenaan dianggap selesai.

Pada masa sama, beliau mencadangkan Indonesia menggunakan model e-perolehan yang dilancarkan oleh Kementerian Kewangan baru-baru ini di negara berkenaan dan Susilo menyatakan Indonesia akan mempertimbangkan saranan itu.

KOMEN SAYA: bab cuti tu, boleh la dipertimbangkan lagi. Bab nak bagi maid pegang pasport sendiri tu, saya betul-betul tak setuju. Kalau nak pegang sendiri, apa kata kos renew pasport dan levi tu kita suruh maid bayar sendiri, amacam? Ada mau ka??

4 Comments (+add yours?)

  1. liya
    May 19, 2010 @ 10:15:52

    mak aihhh…apasal nk bagi muka sgt kt diorg nih? kalau lari tak ker menyusahkan kita..rugi satu hal,bab nak cari pengganti dlm masa yg singkat lak satu hal.. pikir2 la. Jgn sbb nk jaga nama baik sampai rakyat jadi mangsa.

    Reply

    • mamawafiy
      May 19, 2010 @ 10:22:05

      mmg melampau kan..menyirap jugak darah ni. apa lagi yg diorang nak…tak habis2..itu belum cerita gaji minimum yg diorang nak lagi tu…

      Reply

  2. shahsulong
    May 19, 2010 @ 10:58:26

    ida rasa, adalah lebih baik diperkasakan pusat perkhidmatan penjagaan kanak2 @ orang tua di pusat2 bandar raya. itu langkah jangka panjang daripada kita guna servis bibik indon dll yg semakin lama menimbulkan masalah kepada negara.

    bab nk berkemas rumah, boleh dilakukan secara runcit dan lebih kepada tatacara pengurusan rumah secara bersama oleh isteri, suami dan anak2.

    sebulan sekali atau lebih, bleh dapatkan khidmat pengemas rumah.

    kdg2 negara ‘itu’ suka sgt nk tunjuk yg kita perlu kat dia. demand mcm2. anti kita la itu la ini la. ada org kita anti diorang?

    :geram:

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: