…hari ini, syukur padamu Ya Allah…

15 Mac 2009

Nur Damia Maisara buat pertama kalinya melihat dunia yang selama ini berada di luar pandangannya di dalam rahim saya sebagai ibunya.
Walaupun saya kepanikan sewaktu melahirkannya secara normal (buat pertama kalinya, kerana wafiy dilahirkan secara c-sect), alhamdulillah sakitnya tidaklah sekuat mana. Saya sangat bersyukur, sebab anak kecil ini sangatlah comel dan sempurna sifatnya. Disamping itu, saya sangat berbangga sebab berjaya juga melahirkan anak secara normal selepas beberapa mimpi ngeri yang selalu buat saya terfikir ‘bolehkah saya bersalin secara normal ni..’ sebab takut luka lama berdarah kembali🙂

Memang dari awal kandungan, saya dapat rasa bahawa bayi ini adalah seorang perempuan, sebabnya, saya jadi lebih rajin dan sukakan benda yang cantik. Dan alhamdulillah, Allah makbulkan keinginan saya untuk menimang cahayamata perempuan buat pelengkap keluarga saya ini.

hari pertamanya..

Dan saya sangat bersyukur, untuk sekian kalinya, kerana Damia ini memang tidak menyusahkan saya, baik dalam tempoh pantang, atau selepas kena suntikan wajib. Maksud saya, Damia ni memang tahan lasak. Tidak menangis ketika dicucuk dengan vaksin, dan tidak pulak demam selepas beberapa kali suntikan. Sungguh tahan lasak, kan. Dan satu lagi, syukur Ya Allah walaupun Damia tidak menyusu badan mulai bulan ke 2 sehingga hari ini, tidak pernah dia dapat penyakit seperti selsema, batuk dan sebagainya. Sehingga ke hari ini, baru 2 kali dia kena selsema, itu pun berjangkit daripada pembantu rumah kami.

15 Mac 2010

Pagi-pagi lagi, selepas solat subuh, saya tenung muka Damia yang suci bersih yang sedang lena dibuai mimpi. Dalam cahaya kelam subuh, saya rasakan kasih sayang saya meresap jauh ke segenap urat saraf tubuhnya yang mungil itu. Hmm kalaulah boleh saya gerakkan Damia masa itu juga, saya akan gerakkan dan bisikkan bahawa betapa kasihnya saya kepadamu, permata hati mama. Saya cium pipi montelnya, dia terjaga sambil senyum memanggil ‘ma..ma..’. Terus saya angkat Damia dan letakkan ke pangkuan. Alahai, harumny bau mulutmu anak, kalaulah mama dapat mencium bau ini untuk selama-lamanya………

masa ni dah 6 bulan

Hari ini juga, saya berdoa buat sekian kalinya. Ya Allah. kau panjangkan umurku dan umur anak-anakku termasuk Damia. Supaya sempat kami melalui nikmat perjalanan hidup ini bersama-sama. Sekiranya kau takdirkan aku pergi dahulu, aku harap masa itu anak-anakku sudah boleh berdiri dengan kaki sendiri. Supaya tidak menyusahkan orang lain, dan supaya merekan tidak kehilangan punca dan arah. Dan sekiranya Kau mahu ambil nyawa anak-anakku sebelum aku menutup mata, kau ambillah mereka dalam keadaan yang baik dan dalam iman (walaupun aku pasti hdupku akan merana selepas itu..). Dan juga tidak lupa, kurniakanlah kejayaan buat anak-anakku di dunia dan di akhirat….dan tunjukkan kami jalan yang benar..tutupkan hati kami daripada jalan yang salah..

buah hati mama

Nur Damia Maisara, seperti makna namamu yang kami beri, Cahaya Keberkatan dan Kesenangan…jadilah bunga yang mewangi yang akan memberkati dan menyenangkan hati sesiapa sahaja disekelilingmu..semoga kasih sayang kita kekal selamanya…….

Sesungguhnya sayangku ini adalah selamanya……………

15 Comments (+add yours?)

  1. shahsulong
    Mar 15, 2010 @ 20:03:23

    amin yarabbal a’lamin..

    happy bday damia~

    Reply

  2. liza
    Mar 15, 2010 @ 21:21:23

    amin..sedih bila baca entry ni..betapa sucinya kasih sayang seorg mama

    Reply

  3. aishah
    Mar 16, 2010 @ 14:23:50

    aduh… rasanya nilah harapan setiap mama kepada anak2 kan…
    🙂

    insyaAllah, wafi dan damia takkan hampakan mama dan papanya…

    Reply

  4. R$B
    Mar 16, 2010 @ 18:21:07

    Selamat Hari Lahir Damia. Betapa bertuahnya dirimu bila ada insan yang sangat menyayangimu, dan akan mempertahankanmu sepanjang hidupmu. Lebih-lebih lagi, ianya insan yang sangat istimewa dan senantiasa dekat dengan kita.. argghhh… rasa macam nak balik kampung, cium pipi ibu…

    Reply

  5. liya
    Mar 17, 2010 @ 11:26:58

    aduhhh..

    syahdunya baca entry akak kali ni..

    Reply

  6. fiza
    Mar 17, 2010 @ 11:59:04

    happy birthday damia!!!!!!!!!
    semoga sentiasa dirahmati Allah…
    jadi anak yg solehah yea!!!!! 😀

    Reply

  7. madeha
    Mar 18, 2010 @ 01:26:17

    happy birthday damia..syahdunya baca…moga menjadi anak yang solehah…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: