…azam 2010…

salam…
sebelum ini, azam-azam tahun baru saya adalah untuk menjadi insan yang lebih sempurna dari sebelumnya, yang dapat memberi sumbangan kepada bangsa, negara dan agama..
pendek kata azam yang baik-baik belaka lah..

tahun 2010 ni
azam saya ialah untuk MENJAGA ALAM SEKITAR sebaik-baiknya
sebab saya sedar, bumi ini dah terlalu tua dan terlalu ‘vulnerable’..dah rosak oleh tangan-tangan kita yang tak tahu menjaganya dengan baik.

tahu tak?
raging planet dan bencana alam yang tak masuk akal sekarang ini adalah berpunca daripada kita juga?
banjir kat tempat yang tak pernah-pernah banjir, turun salji kat tempat yang tak sepatutnya, gempa bumi yang dahsyat, changing climate yang untolerable..semua tu menakutkan saya..
membuatkan saya terfikir..
apalah yang saya dah buat untuk saya tinggalkan untuk generasi anak-anak saya kelak..

jadi, resolusi saya tahun 2010 ini:

1. tak mau gunakan plastik apabila shopping. In fact, banyak pasaraya dah tak beri plastik beg bila kita beli barang kat sana. TESCO dah tak bagi plastik beg setiap hari sabtu, kalau tak salah saya, yang mana saya sokong 100%. Kat IKEA pun, kalau nak plastik beg kena bayar kan. Jadi, saya dah mula guna shopping bag yang saya dapat masa saya beli barang kemas kat TOMEI hari tu. Besar giler beg tu sampai semua barang boleh masuk. (Rak buku tak boleh masuk lah, of course);

2. Tak mau guna polisterin masa saya tapau makanan kat cafe. Saya akan bawa mangkuk plastik sendiri. Semua orang tau apa efek polisterin kan. Jadi, saya akan mula esok. (Sebenarnya nak mula hari ini tapi saya dah banyak makan semut, lupa nak bawa bekas makanan yang saya dah siapkan malam tadi). Saya tak kiasah apa orang kat cafe tu nak cemuh saya (kalau ada la, kalau tak ada alhamdulillah).

3. Nak pastikan semua bulb lampu saya adalah yg menjimatkan tenaga elektrik and bring minimum harm to the earth. Saya memang dah guna satu bulb lampu ni, memang bagus. Jimat elektrik, jimat tenaga, jimat wang. Tak payah beritahu brand nyer lah. Nanti kata promote pulak. Tapi this is very important jugak. Tenaga bukannya senang nak didapati. Perlukan kos berjuta-juta untuk generate power kat stesen janakuasa. Kerajaan dah tak ada idle money untuk wujudkan stesen janakuasa baru.

4. Saya nak sahut seruan Kerajaan, by recycling waste papers, cans and plastics. Tengok newspaper kat rumah saya melambak-lambak. Kesian pulak, dah tu rumah pun jadi bersepah-sepah. Baik saya recycle. Tin tu, saya dah suruh maid saya kumpulkan. Sekarang dah ada 2 plastik besar. Nanti dah ada banyak boleh hantar kat recycle centre.

5. Nak jimatkan penggunaan air, sama macam nak jimatkan penggunaan elektrik tadi tu. Saya dah cakap dengan maid, saya ni bukan kedekut, tapi saya nak jimatkan air supaya orang lain somewhere, some times dapat gunakan air sama macam kita hari ni di sini.

6. Peralatan rumah seperti aircond ke, peti sejuk ke, kalau boleh saya akan beli yang jimatkan elektrik dan tidak berbahaya pada bumi. Ada satu brand, memang go green lah. Sekarang iklannya kat TV tengah hangat. Alah, yg Anne dgn hubby dia tu tanam pokok tu. Saya dah ada aircond dengan peti sejuk tu. Alhamdulillah.

itulah dia resolusi saya untuk tahun 2010 ni. Harap-harap saya kuat semangat dan tidak hangat-hangat tahi ayam (uwekkkk..)

pics adalah ehsan google

2 Comments (+add yours?)

  1. shahsulong
    Jan 15, 2010 @ 12:25:50

    wah. saya dah buat yg number 1. yang number 2 saya pon nk start la jugak. tengs for the tips😀

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: