…post raya in advance…

Hari ni Putrajaya dah sunyi sepi..mana mereka pergi pun saya taktau. Saya rasa ramai dah mula bercuti raya. Sakan gitu.

Lagu raya dah start berkumandang since last week lagi. Jiran bilik sebelah saya ni hah mmg superb..buka lagu raya kuat2 pastu siap mengikut lagi..sama macam kalau dia tengah tension keje pastu bukak lagu hindustan kuat2..sambil bergelek sakan hahaha lawakla jiranku ini (tapi beliau sangat baik hati ok). Semalam beliau tolong saya jumper kan kereta saya, semalam bateri kereta saya ‘kong’ pulak..jenuh nak tunggu papa datang..saya usha la encik ni..mintak tolong. nasib baik dia tak balik lagi kalau tidak, berbuka di MOT la nampaknya saya semalam.

Saya mula bercuti pada Khamis (iaitu lagi sehari dari sekarang..). Sukanya hati. Dapat rehat lama2 pastu boleh bermanjaan dengan Damia dan Wafiy kat rumah (yg bersepah itu). Masuk kerja balik pada 28 September 2009. Lama la jugak. Tahun ini turn raya pertama kat Sungai Besar. Tak kisah mana2 janji raya kan. Meraikan kemenangan. (Eh..jap..kenapa mix.fm ni ada lagu raya Puan Sri Saloma pulak ni..owh..muhibbah).

Since last week jugak mak2 orang kat office ni dah mula mengangkut biskut raya yang ditempah. Masa menempah kita tak ingat, masa nak membayar dan bawa balik tu memang la siksa. Nak patah tangan (dan nak rabak wallet juga..)

Malam ni nak ke Alamanda, nak cari kasut untuk maid saya ni. Dan beli barang2 dapur sikit. Mintak2 Damia ok la, tak meragam. (bolehla saya melantak Kenny Roger’s dengan jayanya, mudah2an..)

ok lah kawan2 semua..sebelum saya melalut lalut lebih panjang lagi..eloklah saya berundur. Sebelum tu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. SAYA POHON MAAF DENGAN SERENDAH-RENDAH HATI DI ATAS KETERLANJURAN PERKATAAN DAN PERBUATAN SAYA (yes i know saya ini memang laser dan cakap lepas ok). KIRA 0-0 LA YE…

SELAMAT BALIK KAMPUNG..JANGAN LUPA JAGA DIRI DAN FAMILY..
PANDU, TUNGGANG DAN JALAN DENGAN SELAMAT
(Pesanan tidak berbayar..supaya tak memakan bajet MOT..)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: