…kami balik kampung (papa) dan Damia demam buat first time…

Akhirnya, setelah lama papa memendam rasa nak balik kampungnya..maka last friday night kitorang balik kampung jugak..lepas berbuka ala kadar (sebab nak cepat punya pasal). Wilayah (termasuk Putrajaya) memang tak cuti pada Isnin lepas ni, tapi demi papa, saya amik la cuti sehari. Papa memang cuti. Lagipun, cuti saya banyak lagi..(sebab dah cuti 2 bulan masa bersalin tuh..hahaha).

Kampung kat sg besar, selangor. Memanglah my PIL dah tak ada, tapi still ada adik beradik papa yang lain, most of them keje kat kampung je, usahakan sawah padi. Cuma abang ipar kat Ipoh dan kakak ipar kat Semenyih. Itu je yang tinggal jauh dari kampung. Sekarang ni bendang dah kosong, maksudnya padi dah kena tuai. Rata2 bendang dah tak hijau..jadi hitam legam sebab dah kena bakar untuk tanaman padi seterusnya. Saya paling suka tengok view bendang tengah masak..hijau keemasan dan saujana mata memandang. Tapi, takpela lain kali kami balik mungkin dapat jumpa view macam tu lagi.

bendang1bendang2

Kepulangan kami kali ni sebab ada acara keluarga..kenduri makan2 buka puasa pada Saturday tu. Memang menjadi kebiasaan family papa akan buat kenduri masa buka puasa..lebih berkat katanya menjamu orang makan buka puasa. Wafiy suka sangat sebab dapat jumpa cousins dia yang 23 orang tu..haha meriah giler. Cuma saya je cuak sikit sebab Damia tak pernah berjalan jauh macam kali ni, malam pulak tu. Dia okey je dlm kereta, tak meragam.

Tapi, sesampai je kat kampung, badan Damia dah start panas. Saya panik..sebab Damia tak pernah demam sebelum ni. ALhamdulillah kesihatan dia baik sejak lahir walaupun tak breastfeed. Maybe sebab dia jarang keluar rumah, (compared to Wafiy dulu every month ada je penyakit. Biasalah duduk taska kan). Kali ni, Damia demam la pulak. Memang saya panik, lepas je kenduri tu saya terus bawa dia ke klinik. Doktor check, dia kata Damia demam skit, suhu 37.5 je. Cuma perut dia ada bunyi banyak angin, (masuk angin sebab duduk dalam aircond kereta lama sangat agaknya). Paru-paru dia ok, tekak ok..cuma demam skit. Doktor kata don’t worry, budak nak pandai ‘buat keje’ memang mcm tu katanya. Saya memang sangat panik, sebabnya dia tak pernah macam ni…hehehe bila saya tau Damia okay..saya rasa lega sangat. Kesian kalau dia demam teruk. Nasib baik Allah sayangkan dia. Hari Ahad tu, Damia dah okay. Dah terkekeh-kekeh gelak bila diagah. Rupanya dia dah nak merangkak, dah pandai angkat badan. Bila penat dia menangis. Patutlah demam. Betul kata doktor. Tapi, saya doa kat Allah, kalau boleh janganlah buat Damia sakit lagi. Saya kesian kat dia sangat2. Cukuplah sekali ini..

kesian anak mama, demam ye

kesian anak mama, demam ye

Balik kampung kali ini memang best sebab saya dah ada 2 orang anak (dan dah ada maid untuk bantu juga). Puasa pun okay sebab cuaca tak panas sangat kat kampung. Wafiy memang seronok sangat main dengan kakak2nya….main cikgu2 macam mama dia dulu..main macam2. main bendang jer saya tak bagi. Itupun semua orang claim kulit dia gelap sikit masa nak balik Dengkil. Takpelah Wafiy, gelap2 pun anak mamapapa, dan mamapapa memang tak putih pun..hahahaa. Saya seronok sangat tengok Wafiy enjoy balik kampung. Satu hot spot yang dia suka sangat nak main, dekat tangga. Main cekgu2 kat situ..konon2 ada komputer kat anak tangga tu. Lawakla. Pastu menulis ala2 kerani dengan tangan kiri dia tu…hemm memang heaven jadi kanak2 kan.

wafiymaintangga1wafiymaintangga2

Kami bertolak dari kampung pukul 4 petang hari Isnin (semalam). Tiba di Dengkil jam 6.30 petang. Memang tak sempat nak masaklah. Singgah kejap kat PARAM..beli apa yang patut. Tiba kat rumah, dah nak azan. Elok2 siap angkat barang (termasuk biskut raya yang saya order dengan SIL) dah boleh makan.

Apapun, saya sangat bersyukur Damia tak demam teruk. Mintak2 lepas ni dia tak demam lagi. Jadi, keseluruhannya, balik kampung kali ni memang BEST ho!!!!!!

6 Comments (+add yours?)

  1. shahsulong
    Sep 09, 2009 @ 10:17:53

    sayangnya mama kat papa..

    wafiy, oh manisnya senyummu!

    damia, moga sihat cergas🙂

    Reply

  2. aishah
    Sep 09, 2009 @ 14:00:56

    lamanya tak jumpa family kau… damia dah besar pun… nanti auntie cacah bagi duit raya eh.😛

    Reply

  3. shahsulong
    Sep 09, 2009 @ 15:07:14

    ida pun dah besar. auntie cacah bagi duit raya jugak tau!

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: