…ini yang dinamakan aDIL….

Ada satu keluarga yang bahagia, dengan 2 orang anak kecil yang comel. Si bapa dan ibu kedua-duanya bekerja, maklumlah zaman sekarang nak buat apa semuanya kena pakai duit. Jadi, ibu kena sama bekerja untuk bantu bapa menampung hidup sekeluarga (di samping si ibu adalah ‘shopaholic’..jadi adalah lebih elok dia bekerja, tak menyusahkan bapa bila dia meminta-minta).

Satu petang, selepas lelah bekerja, bapa dan ibu duduk berehat dalam bilik. Tiba-tiba bapa teringatkan duit syiling yang banyak dalam poket seluarnya. (Iyalah, orang lelaki mana nak guna sangat duit syiling, bila dah berbelanja dan dapat duit baki, tak lah digunakan balik duit syiling baki tu. Berbanding wanita, sampai ke syiling terakhir akan digunakan). Lantas, bapa keluarkan syiling2 tersebut dan beri kepada ibu. “Nah yang, masukkan dalam tabung anak2”. Ibu pun ambil syiling2 tersebut dan buka almari yang terdapat 2 tabung di dalamnya – satu utk abang, satu utk adik. Memang kecik2 lagi dah ada tabung dua2 budak tu. Ibu terus je masukkan semua syiling tu dalah tabung si abang. Bapa perhatikan saja tindakan ibu tu. Ada sesuatu yang bapa fikirkan, sedang dalam masa yang sama ibu dah tak fikir apa2 sebab tak perlu nak fikir apa pun. just masukkan duit dalam tabung anak, nak fikir apa. Bapa mula merancang sesuatu utk tindakan selanjutnya.

Hari berikutnya, bapa buat hal yg sama. Maksudnya, dia beri syiling lebihan belanja dekat ibu utk disimpan di dalam tabung anak2. Macam biasa juga, ibu akan ambik duit, bukak lemari dan simpan duit berkenaan dalam tabung..si abang lagi. Bapa perhatikan juga tindakan ibu sambil berfikir lagi. Ibu? Macam biasa, nothing to ponder about lah.

Dalam masa seminggu, bapa buat begitu dan ibi juga buat begini. Masuk hari ke 8, bapa dah tak sabar. Penat dah berfikir barangkali. Lantas dia terus ajukan soalan yang dah lama dia fikirkan selama 7 hari ini. “Yang, saya tgk, each time i give u the coins kan, u asik masukkan kat tabung abang jer…never masuk kat tabung adik..why? Nampak sangat u sayang lebih kat abang compare to adik…” Macam tak puas hati pulak bunyinya. Ibu tersentak, macam baru tersedar pulak. Jawapan dah ada dalam otak ibu, tapi macamana yer nak explain kat bapa. Akhirnya, ibu dapat idea. “Yang, i bukan macam tu. I sayang both adik dan abang…dua2 permata hati. Tapi…ye la paham2 jer la, abang dah lama dengan kita…adik baru jer. Biasa dah kalau apa2 abang yang dapat dulu…nanti lama2 adik pun mcm tu lah.”

Walaupun jwpn ibu tu agak konkrit, tapi dalah hati ibu terbit juga rasa bersalah..asyik mendahulukan abang compare to si adik. Tapi, itulah kenyataannya. Mana yang datang dulu, akan dapat keutamaan dalam apa pun keadaan. Dan ia akan mengambil masa bagi yang baru untuk mendapat tempat dalam sesuatu…..jadi, peranan kita sebagai manusia, letakkan sesuatu tepat pada tempatnya. Itu yang dikatakan ADIL. Walaupun agak sukar untuk berlaku adil, namun cuba dulu. Tak ada salah kalau mencuba, selagi terdaya………….

4 Comments (+add yours?)

  1. shahsulong
    Aug 14, 2009 @ 21:51:34

    i understood yr sentiments, kakak. it happens in my family too.

    my mom would answer “abang nanti byk tanggungjawab. adik perempuan, nanti ada suami utk tanggung..”

    sigh-

    Reply

    • mamawafiy
      Aug 17, 2009 @ 11:41:13

      ha btl tu ida..sgt la betulnya..typical malay kan kita ni..(mak2 kita la..)
      padahal skrg ni lelaki pompuan dah sama jer dari segi responsibility….

      Reply

  2. sufi
    Aug 17, 2009 @ 11:28:19

    ahakss…tindakan luar kawal ek sally. takpelah. nnti adiknya pn belajar mengalah ngan abang hehehehe.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: