…damia dah meniarap tau…

hi kawan-kawan..
saya happy sangat dua tiga minggu kebelakangan ni..
sebab my little princess dikurniakan kesihatan yg amat baik..alhamdulillah syukur tak terhingga kepada Allah. Bagi saya, biarlah saya yang tak sihat asalkan permata-permata hati saya yang 2 orang tu sihat. (tapi yang paling menakutkan adalah apabila mereka terjangkit wabak daripada saya..so saya cuba elakkan direct contact dgn mereka di saat2 ini – saya sedang batuk dan selsema..tekak sangat gatal, minta2 hanya sakit batuk selsema biasa sahaja).

ramai yang kata wafiy dah debab lately..terima kasih kawan2. Dia memang dah sihat, alhamdulillah. Mungkin dia tak serasi dengan taska dulu tu. Dah duduk rumah sihatlah dia. Dan dah makin panjang akalnya pulak tu. Kalau buka tv, semua macam nama kartun dia listkan sampai kadang2 mama dia pun tak tahu. tak pe lah, kasi can. Mama faham, dulu mama pun masa budak2 mmg kuat tengok kartun.

oh ya berbalik pada tajuk asal karangan, damia sudah pandai meniarap. Baru je seminggu ni dia galak berlatih, sampai dalam buaian pun dah terbawa-bawa nak meniarap. Mengucap panjang saya dibuatnya. Kalaulah buaian tu jadi tak balance atau dia tertidur dlm keadaan meniarap, mau lemas juga Damia (mintak2 dijauhkan la). Mak saya kata budak baru pandai mmg camtu, jadi biarkan jer. Meh layan gambar2 baru Damia….

..uh...apsal lak tangan mia ni takmo lepas...

..uh...apsal lak tangan mia ni takmo lepas...

aha..dah dapat lepaskan tangan...lega..

aha..dah dapat lepaskan tangan...lega..

ishhh..jauhnya fish tuuu

ishhh..jauhnya fish tuuu

umm...dah tak larat la....rehat jap..

umm...dah tak larat la....rehat jap..

p/s: kualiti gambar tidak memuaskan…sebab pakai tepon cikai

ok lah…all in all, saya sangat teruja. Dan masih ternanti-nanti perkembangan Damia yang seterusnya. Masa merangkak, bertatih, tumbuh gigi dan sebagainya…Jadi, tunggu sajalah ye. The times will come…

7 Comments (+add yours?)

  1. farah
    Jul 30, 2009 @ 17:45:25

    yeayy!! go go damia!

    damia pon kena cukur bantal ek..afif sampai skang masih ade lagi..

    Reply

  2. mamawafiy
    Jul 31, 2009 @ 09:45:50

    yay….baik la auntie..mia akan cuba lagi heheheee
    p/s: mmg teruk damia kena cukur bantal tu…kelakar plk sbb rambut dpn byk..tgk kat blkg..tk de rambut…ye ke ada lagi sampai la ni???

    Reply

  3. aishah
    Jul 31, 2009 @ 16:24:37

    wah.. hepinya…๐Ÿ™‚

    sorry mama … i terbizi sikit tadi.๐Ÿ˜›

    Reply

  4. liza
    Aug 03, 2009 @ 12:40:33

    wah..dah pandai niarap…bagus2..abang wafiy pun dah bertambah2 panjag akalnya..sama laa ngan wafiy saya ni..nak tengok kartun jer..kalau kitaorg tgk channel lain..laju jer dia pg picit tv and off..sabar jer laa..dah lama saya tak jenguk sini..

    Reply

    • mamawafiy
      Aug 03, 2009 @ 17:24:14

      haha sama la dgn wafiyku…kalau kita tak layan cakap dia..mmg dia akan off kan terus tv kita. takpe saya faham liza bz kan..saya everyday jenguk blog awak..syok tgk citer wafiy yg cute tuh…

      Reply

  5. liza
    Aug 04, 2009 @ 00:02:24

    bukan busy apa awak.sebabnya si wafiy ni duk melekat kat kaki and mintak letakkan dia atas meja..dia nak tengok lagu barney kt komputer ni..mmg tak sempat punyalaa nak jenguk kengkawan punya blog..huhu

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: