….umah kami dah siap….

hi all..

sepatutnya umah kami siap pada Sept 2009..tapi developer buat keje cepat..dah siap awal bulan 4 hari tu…miss ong sibuk2 call aku..tny bila nak amik kunci..

kunci umah dah pun di ambil..so masa amik tu kena inspect and verify all the works..kalau ada defects..kena isi borang complaint…so far..no major defects to be complained about…

alhamdulillah…dapat jgk aku merasa umah sendiri..tapi biasala kalau keje gomen..umah teres je la dapat..nak banglow atau semi-D..tunggu 30 thn lagi la..(at that time aku pun dah pencen…ke dah tak dak..)

umah-tepi1

umah-full

sabtu ni..ada sesi mengukur dgn kontraktor (suami kakak sepupu aku) utk buat grill, kitchen cabinet, bedroom furniture, toilet equipment dll…congak2 banyak jugak nak habis ni….nervous jgk..takut tak cukup duit beb…

apapun..aku bersyukur dengan apa adanya yang Allah beri pada kami….

eikk..budak ni pun nak enterframe??

eikk..budak ni pun nak enterframe??

nanti umah dah cantik dan kami dah pindah sini..jemputla dtg umah ye semua kawan2..official invitation akan diberitahu kemudian……

27 Comments (+add yours?)

  1. Connie
    Apr 21, 2009 @ 16:42:17

    cantek lah rumah mu ittew… lepas ni habis2an lah menghias rumah baru.. hihihi…

    Reply

  2. Connie
    Apr 21, 2009 @ 16:43:45

    owh yaaa.. kat mana rumah baru nie?

    Reply

  3. farah
    Apr 21, 2009 @ 16:50:11

    waahhh…bessnyee ade rumah sendiri…bagusla developer ni….selalu dengar kes rumah terbengkalai atau delay..oh ya kat mane rumah kamu ni??

    Reply

  4. FaruqY
    Apr 21, 2009 @ 17:16:53

    wow tahniah! kamu sudah memiliki a home to call your own! huhu aku bila la lagi..

    Reply

  5. liza
    Apr 21, 2009 @ 19:51:05

    salina,cantil umah..jom kita share idea2 nak decorate umah:)

    Reply

  6. khas lysha
    Apr 21, 2009 @ 21:19:51

    dpt rumah mcm ni pon dah syukur sgt sally.. tahniah! cantek rumah ni..🙂

    Reply

  7. mamawafiy
    Apr 22, 2009 @ 13:04:02

    tengkiu kwn2 semua…kitorg pun tak sangka umah ni akan siap cpat sgt…nasib baik dah amik langkah ‘berjaga2’ dari awal lagi..(faruqy: u know wat i mean..ingat lagi plan aku nk ke kwsp tu?)..heheheee….

    umah kami ni kat dengkil..selang 2 taman perumahan dari umah yg kami sewa skrg ni..dkt dgn putrajaya..tempat keje aku dan ukm tempat keje hubby aku…ada org kata tmpt ni pekan koboi…tak seelit kwsn tun ke….hehehe..

    liza..boleh jugk..tgh search eric deko ni…

    Reply

  8. mamawafiy
    Apr 22, 2009 @ 13:07:31

    faruqy: ur time will come..jgn risau..kau muda lagi dari aku apa..aku kan dah tua….hehehee

    Reply

  9. aishah
    Apr 22, 2009 @ 17:41:29

    mama…bila nak ajak aku…umah lama pun tak gi lagi inikan pula umah baru. huhu. bila naik? 14 mei eh?

    Reply

  10. mamawafiy
    Apr 24, 2009 @ 12:47:00

    cacah..aku bkn takmo ajak kau dtg umah ni..sepah2 sgt, segan gueee..

    Reply

  11. Mija
    Apr 24, 2009 @ 19:19:39

    waa..selamat pindah rumah baru!!!tumpang happy..bagus developer tu yek..umah mija ni bila la nk siap..huhu

    Reply

  12. mamawafiy
    Apr 25, 2009 @ 19:40:37

    tq mija….tu la perkara yg plg merisaukan kalau kita beli umah kan….tp i hope u time will come soon….
    cacah….yup aku naik 14 mei…can’t wait 2 c u ol again

    Reply

  13. cikgu mas
    Apr 26, 2009 @ 22:00:29

    Salam mamawafiy..mungkin kita akan berjiran tapi kenapa Miss Ong tak call kami lagi untuk ambik kunci…k.mas dah dekat 5 bulan dah potong gaji bayar loan,tapi tak de bunyi nak dapat rumah.rumah kami M22 kat depan fasa 3.Nampak semuanya dah siap tapi diaorang beritahu bulan 6 baru ada berita.tapi kenapa mamawafiy dah dapat awal ye.k.mas sain aggreement sejak November 2006 lagi.

    Reply

    • mamawafiy
      Apr 28, 2009 @ 14:58:05

      salam cikgu mas…
      umah saya m35..dkt2 la tu ek..berjiran la kita…
      k.mas amik loan bank ke?mungkin bank x settle full pymnt kot…
      sbb rami yg dh amik kunci…yg amik govt loan la….
      cba kak call miss ong tny..musykil gak sy ni

      Reply

  14. cikgu mas
    Apr 29, 2009 @ 00:32:17

    wsalam,mamawafiy,berkat baca blog mamawafiy k.mas call kemajuan langat dan Allhamdulillah Miss Ong minta kami wat appointment ambik kunci.ni excited la ni nak dok umah baru.k.mas buat goverment loan gak.mamawafiy ada claim rebet pape tak cz devoloper lmbt delivery.miss Ong bagitau Kemajuan Langat akan bayar kami cas lambat.Insyaallah ,berjiranlah kita,salam ukhwah dari k.mas sekeluarga..

    Reply

    • mamawafiy
      Apr 29, 2009 @ 10:30:12

      hai k.mas..
      i’m happy to hear that…
      FYI, saya sign agreement sept07…byrn loan pon blm start lagi…
      kitorg x dpt claim rebet..sbb delivery patutnya bulan sept09 ni..kira cepat la ni…cuma byrn deposit kitorg x amik blk sbb dah tolak dgn byrn bil utility dan maintenance for 6 months jer…
      suka la tu yer…🙂

      Reply

      • mamawafiy
        Apr 29, 2009 @ 10:31:03

        skrg k.mas dok mana?kot la terjumpa kt pasar ke kat mana2 area dengkil ni….blh la sembang2

  15. shahsulong
    Apr 29, 2009 @ 12:10:01

    pasar malam? wah! suka-suka!

    ingat tak dulu kita selalu jumpa kat pasar malam putra perdana tu masa akak pregnant w wafiy?

    rindu la pasar malam tu!

    Reply

  16. cikgu mas
    Apr 29, 2009 @ 12:45:27

    Skrg.k.mas menyewa kt Bandar Saujana Putra,sebelah highway elit otway ke Putra Height.jauhkan.everday k.mas drive ke sekolah 30 minit tu pun kena pecut 100-120kmsj.tol rm4.40 hari2.kt mas mengajar kt sek.men.teknik sepang.tu lah kalau umah dah siap save kami.umah ngan sek baru 10 minit je.Baru 2 hari lepas g tinjau umah ,k.mas tengok tak de sapa pun lagi yang dah pasang gril.Mamawafiy cadang nak pindah bila?

    Reply

  17. cikgu mas
    May 01, 2009 @ 10:41:13

    Salam,mama wafiy.Selamat berpindah,memanjangkan ukhwah jom singgah blog k.mas.semoga murah rezeki dan hepi bersama keluarga.-from future neighbour..

    Reply

  18. cikgu mas
    May 02, 2009 @ 21:42:14

    mycikgumas.blogspot.com..semalam p tengok umah jeling-jeling gak umah mamawafiy.

    Reply

  19. Zahiah
    May 26, 2009 @ 11:38:47

    Salam mamawafiy,

    Kita berjiran juga….🙂 Rumah saya No.35… depan taman permainan…
    Mungkin pindah masuk hujung tahun nanti…. Selamat berkenalan..!!

    Reply

    • mamawafiy
      May 27, 2009 @ 21:07:04

      zahiah…
      dekat benar la umah kita…
      ptg2 weekend nanti dtg2 la umah..blh kita kenal2….umah saya no 58

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: