ikan keli masak gulai cekur

(post ni aku dah tulis sejak semalam tapi due to lack of time..kena tunda hahaha)

haha kali ni aku bukan nak cerita pasal aku dah pandai masak..tapi mama naylie nak resepi..katanya ada org dah terliur..jadi utk mama naylie dan rakan2 yg nak mencuba..silakan…….

bahan-bahannya:

ikan keli 4 ekor..kalau beli yg dah siap salai lagi best

santan 1 kotak 200ml (nak senang…tak yah perah2)

2 inci isi cekur

cili api ikut suka..kalau suka pedas..ltk byk2

5 ulas bawang merah kecil

2 ulas bawang merah

garam sesedap rasa

(bahan2 di atas kecuali ikan keli, garam dan santan, ditumbuk halus)

cara-cara memasaknya:

1. ikan keli digoreng garing..nak panggang lagi bagus…

2. masukkan santan pekat dan bahan2 yg ditumbuk tadi kat dalam periuk. masak di atas api sederhana sehingga kuah pekat…kalau suka boleh tambah serbuk kunyit skit dan hirisan daun cekur….

3. susun ikan keli goreng kat dalam pinggan besar atau mangkuk pastu curahkan kuah cekur tadi kat atas ikan…

taddaaaa…dah siap..senang kann……….

p.s: mama naylie dan echah, jgn lupa cuba tau… 

8 Comments (+add yours?)

  1. mama naylie
    Jul 09, 2008 @ 16:05:03

    tq! tq! pasnie nak pas resepi nie kat org yg dah termeleleh air liur dia semlm.. kalau tak buat… sajer lah..

    Reply

  2. mamawafiy
    Jul 09, 2008 @ 16:53:25

    hhaahaaa bestnya baca komen mama naylie yg teruja nih..ingatkan hubby yg nak mkn..rupanya bukan yeaaa

    Reply

  3. nurul
    Jul 11, 2008 @ 17:14:26

    macam resepi ikan keli masak pecal mak aku jer.. sedap tu tapi kitorang letak belacan bakar ckit.

    Reply

  4. mamawafiy
    Jul 11, 2008 @ 17:23:23

    mmg sama la tu..resepi turun temurun org jawa..oh ye ke ada letak belacan..sbnrnya aku main buat je ikut apa yg aku tgk masa arwah mak mentua aku masak dulu2….patutla agak kureng skit….

    Reply

  5. Siti Sal Azira - Ibu Wafi
    Jul 25, 2008 @ 13:57:12

    Masakan ni masakan orang jawa yer..Macam best jer tengok.
    Nak tanya sikit bleh..cekur tu apa yer..heheh .kang masak tak bubuh benda alah ni jadik lauk lain plak.nama pun gulai cekur..Rasa dia macam masak lemak cili api ker.Budak baru belajar

    Reply

  6. mamawafiy
    Jul 25, 2008 @ 15:23:29

    alah cekur tu sejenis herba seakan2 kunyit..ada ubi dan pucuk mcm kunyit jgk..yg kita biasa guna dlm mskn tu ubi (isi) dia..dan org jawa selalu makan pucuk dia sbg ulam..elok utk buang angin…ala kalau pegi pasar tanya kat makcik pakcik yg jual sayur kampung mesti ada..rasa mskn ni mcm masak lemak cili api tapi ada bau wangi sikit (bau cekur tu la)

    Reply

  7. Siti Sal Azira - Ibu Wafi
    Jul 29, 2008 @ 15:35:05

    macam tu ekk.last week pgi umah mak sedara kat PD.tengok ader jual ikan keli salai.Teringin gak nak beli sbb teruja tengok resepi akak ni..tapi riso tak jadik sebab tak tau cekur ni apa.
    Minggu depan blehla pesan kat sepupu belikan ikan keli salai ni.Tak sabar nak cuba.

    Reply

  8. Ila
    Sep 05, 2009 @ 12:30:46

    sapa tau camne nak buat ikan keli salai @ daging salai. Yg I tau ni faveret org nogori. Kalo kat Ipoh ni kat mana ada jual ikan salai ni yek. MMg tingin sgt nak try

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: