Fikir lagi….

tiga perkara yang ada dalam fikiran aku akhir-akhir ini:

1. tentang kesihatan = rezeki

sejak wafiy didiagnosis menghidap asma oleh doktor 10 bulan yang lalu, aku asyik berfikir di mana salah aku dalam menjaga wafiy sampaikan baby pun bleh kena asma. Adakah aku yg bersalah tak breastfeeding dia dan bagi dia minum susu formula, which is proven as one of the main reasons why baby can get asthma in the early stage (sbb minum susu daripada botol susu lebih banyak risiko tersedak dan tercekik ketika menyusu berbanding breastfeeding-ni doktor jugak cakap). Dan lebih menarik lagi, aku akan cuba apa saja ubat2 yg dikatakan dapat menyembuhkan dan mengawal astma..dari berjenis2 madu ke berjenis2 supplement food dan juga berjenis2 lagi susu formula yang agak mahal2 jugak…dan minggu lepas masa duduk2 tgk tv aku terfikir…bertuahla parents yg dapat anak sihat (mcm parents aku dulu hahaha)..dapat berjimat duit dari melabur ke hospital pakar (sekali pergi terbang RM180-minimum treatment tu) dan juga dapat berjimat masa daripada menginap di hospital..dan aku rasa kesihatan juga adalah rezeki yang telah ditentukan oleh Allah, yang mana tak dapat kita manusia biasa ni nak jangka2 atau atur2kan sendiri…jadi aku pun pasrah la dengan ketentuan yg ALlah dah berikan utk aku dan wafiy ni..rezeki masing2 kan..skrg aku cuba jaga kesihatan keluarga sebaik mungkin sbb bagi aku KESIHATAN ITU ADALAH REZEKI YANG PALING AGUNG…

2. tentang kesilapan, good vs bad

Setiap orang ada persepsi mereka yang tersendiri apabila menyentuh bab ‘kesilapan’ ni..kalau ikut buku management, kesilapan adalah bagus sebab dapat menjadikan seseorang tu lebih berhati2 dan lebih berfikir sebelum melakukakan apa2 jua tindakan. Kesilapan juga dikatakan satu proses dalam mencapai kejayaan. Aku pun setuju, tapi aku agak terkilan dengan orang2 yang suka mengkritik secara melulu jika seseorang yang lain buat silap (biasanya boss la yg marah anak buah kalau buat silap), patutnya bagilah ruang dan peluang untuk berkembang melalui kesilapan yang telah dilakukakan (pastinya tak sengaja dilakukan)…bukannya sempitkan jalan perkembangan melalui kesilapan, sebab manusia kadang2 perlukan sesuatu yang pahit sebagai ubat…..

3. tentang ‘the power of knowledge’

it’s really good to have knowledge in our fingertips. It’s such a great honour when we know something when the others no nothing. Memang pemilikan ilmu tak nampak dari mata kasar sebab itu amat susah untuk menjaga ilmu yang kita ada (ilmu yang berguna laa..). Dan jangan kedekut dengan ilmu yang kita ada sebab ilmu yang tak dipanjangkan dan tak diamalkan macam pohon durian yg tak ada buah (apadah durian plak..contoh je tau). Dan tak ada sebarang limit untuk menuntut ilmu selagi niat kita betul. Aku betul2 tabik dengan orang2 lama kat ministry ni..diorang memang bagus..ilmu banyak tetapi tak kedekut nak share dengan orang2 baru mcm aku ni…dan aku bersyukur sangat2…ilmu yang aku ada dapat dimanfaatkan dalam working environment aku skrg ni…

ok la tu je…sebenarnya banyak lagi benda2 yg aku fikirkan…tu sebab otak aku jem selalu hahahahaaa….

4 Comments (+add yours?)

  1. en_me
    May 29, 2008 @ 10:38:08

    siannyer anak mama.. papa budak tewww tak wat aper2 ker?

    Reply

  2. mamawafiy
    May 30, 2008 @ 01:55:54

    ekceli…most of the effort (in term of money) papa dia la yang buat…..hahahaa

    Reply

  3. lia
    Jun 02, 2008 @ 02:32:09

    sian wafiy..alhamdulillah hannan terselamat dari athsma sbb background family mertua memang ada history athsma ni. Adik-beradik hubby semua ada athsma, syukur hubby lia terkecuali. Dulu masa wafiy masih baby kt taska dia mandikan air suam ker air sejuk.. baby member duduk taska kecik2 dh dimandikan air sejuk, sudahnya anak dia kecik2 lg dh dapat athsma. Tp tk tau nk cakap jugak la kan, kalau Allah dh nk uji kita mcm tu redha je la..

    Reply

  4. mamawafiy
    Jun 02, 2008 @ 04:12:49

    akak rasa memang cara penjagaan kat taska pun menyumbang kpd astham dia jugak…..tu la redha je la dgn dugaan tuhan kan….

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: