Tentang Paku, Tukul dan Pagar Kayu

 :::::ketika berehat seminit dua:::::

Seorang ayah amat risau akan sikap anaknya yang amat pemarah suka memberontak tak tentu hala. Kerisauan si ayah adalah berasas memandangkan si anak hanyalah berumur 9 tahun. Jika di umur sebegini pun si anak sudah pandai memberontak dan memarahi orang sesuka hati, dikhuatiri belum mencecah usia 20 tahun si anak sudah duduk dalam penjara.

Maka si ayah mendapat satu idea yang amat berhemah untuk mengajar si anak. Si ayah beri 100 batang paku kepada si anak dan sebatang tukul. Ditunjukkan pula kegunaan paku dan tukul iaitu setiap kali si anak marah dan rasa tidak puas hati, si anak hendaklah menukul seberapa banyak paku ke pagar kayu di hadapan rumahnya  sebagai tanda tidak puas hati. Si anak bersetuju dengan arahan ayahnya.

Hari pertama, si anak menukul 43 batang paku di pagar kayu. Hari demi hari didapati rasa marah dan memberontak sudah semakin berkurangan. Si anak juga merasakan bahawa adalah lebih mudah mengawal marahnya daripada menukul paku di pagar kayu yang keras itu. Dan hari yang dinanti-nantikan oleh si ayah tiba bila mana si anak berkata ‘hari ini saya langsung tak marah, ayah’. Si ayah lantas mencadangkan agar si anak mencabut kembali paku-paku yang terlekat di pagar kayu menandakan dia sudah tidak marah lagi.

Tidak lama kemudian, si anak dengan bangganya berjumpa dengan ayahnya dan berkata ‘ayah, paku-paku di pagar dah tak ada lagi’. Si ayah memaut bahu anaknya dan membawanya ke depan pagar kayu yang dah berlubang-lubang kesan paku yang dah dicabut. ‘Bagus kerja kamu, anakku, tapi ayah mahu kamu belajar sesuatu daripada perbuatan kamu ini. Cuba kamu lihat, berapa banyak lubang yang ada pada pagar kayu ini menandakan amarah kamu selama ini. Cuba kamu bayangkan berapa banyak jiwa yang kamu lukakan setiap kali kamu keluarkan kata-kata kesat ketika kamu marah. Memang mudah meminta maaf selepas berbuat kesilapan tetapi kesannya tetap ada di dalam hati dan jiwa orang yang kamu marah tu. Kadangkala luka di dalam hati lebih teruk daripada luka di anggota badan.’

‘Jadi, ayah mahu kamu lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan kata-kata kamu. Begitu juga dengan perbuatan. Jangan jadikan orang lain sebagai ‘punching bag’ kamu dan kamu kena hormat orang lain as human being tak kira kamu berpangkat tinggi atau rendah. Sebab, perkara yang mengangkat seseorang itu adalah maruahnya..bukannya pangkatnya……………..’

:::::penghujung cerita:::::

6 Comments (+add yours?)

  1. en_me
    Mar 05, 2008 @ 00:38:09

    salam pagi rabu mama wafiy itteww..

    Reply

  2. mamawafiy
    Mar 05, 2008 @ 00:53:08

    yeah..selamat berpagi rabu en_me….
    hari ni agak ‘cargas’ sikit…

    Reply

  3. lia
    Mar 06, 2008 @ 03:00:59

    Ermmm..dalam maksud cite kt atas tu..

    Reply

  4. aishah
    Mar 11, 2008 @ 08:26:12

    hai…sally thanks belanja i lunch tadi…🙂

    Reply

  5. mamawafiy
    Mar 11, 2008 @ 08:31:10

    haiii…it’s ok dear…

    Reply

  6. AyuAzril
    Mar 17, 2008 @ 04:52:38

    AKU SUKA CERITA NI……MMG MENARIK UTK DIJADIKAN PENGAJARAN……
    NAK JWB SOALAN KAT KOMEN DALAM BLOG AKU…AKU DALAM PROSES MENAMBAH AHLI KELUARGA SKG NI….

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: