Minggu Pertamaku Di Tahun 2008

Sebenarnya banyak benda yang berlaku sepanjang minggu ni..yang banyaknya perkara yang menginsafkan aku tentang betapa dunia ini dah jadi kacau bilau serta dan tak selamat untuk diduduki oleh manusia especially kanak-kanak perempuan. AKu tak tau nak cakap macam mana, bila aku bincang perkara ni dengan papa dia kata i’m too much of my feelings..dia kata biasala orang perempuan lebih-lebih lagi dah jadi mama memang perasaan selalu tak stabil..kurang tido malam katanya..but i told him..’papa i’m not making any jokes here..i’m really SERIOUS.’ dengan mata yang agak terjegil sikit supaya dia tau aku ni betul-betul serius. Ada 1 kes yang buat aku cakap mcm ni:

Kes ‘lelaki kucing’

Lelaki ni betul-betul menyemak je dalam dunia ni. Tak ada kerja lain. Isnin lalu adik Nurfatiha Zaidi, 6 tahun telah dilarikan si bangsat ni dengan alasan nak minta tolong carikan kucing dan burungnya yang hilang. Adik ni dah dijumpai (alhamdulillah). Aku tak tau apa polis punya kesimpulan mengenai kes ni, tapi my instinct kuat mengatakan lelaki ni ada kaitan dengan kes arwah Nurin Jazlin yang dibunuh dengan cara yg paling kejam. Dan baru-baru ni adik Sharlinie pulak hilang dipercayai diculik lelaki yang sama di kawasan rumahnya sendiri. Dan selain daripada nama-nama yang aku sebut tadi sebenarnya ada banyak lagi mangsa yang direkod dan tak berekod. Aku betul-betul marah dengan masyarakat hari ni..kenapa kawasan rumah dah tak selamat untuk anak-anak kita bermain? Dan aku rasa fakta kakak kepada Sharlinie bahawa yg menculik adiknya adalah wanita berambut pendek paras bahu dan berkasut tumit tinggi adalah penyamaran lelaki jahanam tu semata-mata…penah tgk Criminal Minds tak? Satu prinsip yang dipegang dalam Behavourial Analysis Unit (BAU) FBI adalah: penjenayah adalah manusia yg tak stabil emosinya. Dan aku yakin mamat ni tak berapa betul..otak mereng. DAn dia gunakan kanak-kanak sebagai mangsa utk membetulkan kemerengannya…pada pendapat dialah. Dan penjenayah ni sangat kejam..sanggup buat perkara tak logik utk stabilkan emosi..Aku yakin polis kita berpengalaman dan well versed ttg perkara analisis ni..dan semoga Sharlinie dijumpai segera tanpa diapa-apakan.

Bila aku cerita dgn papa ttg teori aku pasal analisis BAU kat atas, dia gelak je. Dia kata ‘mama ni kuat berangan la’. Tapi aku cakap kat dia nothing is impossible. Orang kalau nak buat jahat macam2 dia punya fikiran. (I think i’m born with the criminal instinct…sebab tu aku suka tv show ala-ala detective ni, termasuk Detective Conan).

Tapi, apa-apa pun aku harap sangat dunia ni dan Malaysia secara khasnya menjadi lebih selamat, engan adanya masyarakat penyayang dan saling bantu-membantu. AKu tak nampak apa cara lagi nak insafkan penjenayah yg mcm binatang tu tapi apa yg kita termampu buat adalah educate kan diri kita dan family kita supaya aware dgn perkara-perkara jenayah ni. ‘Preventive is better than cure’: adalah motto yg perlu diingati especially kanak-kanak. Dan aku masih berharap ada lagi ruang putih di hati penjenayah mendapat nur Ilahi…

ok la..nak gi miting..jap lagi sambung balik…..

2 Comments (+add yours?)

  1. lia
    Jan 21, 2008 @ 04:04:39

    kan bagus kalau dunia ni ada ramai org penyayang macam lia & kak apai…

    Reply

  2. mamawafiy
    Jan 21, 2008 @ 06:19:47

    yes..true..true…
    nampaknya kita ni dah byk sangat sifat selfish kan..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: