Selembar Kisah Kehidupan…

Awal pagi tadi aku ke tandas untuk membuang hajat yang tak kesampaian di rumah tadi kerana kesibukan menguruskan Wafiy dan papa. Sebelum nak masuk tandas tu aku ditegur oleh sorang adik cleaner yang sedang menyapu didepan lif. “eh akak ni mcm kenal je la..akak ni org banting kan?” aku angguk je, sekadar menghormati. “ni akak tajuddin kan…saya fazli, kawan din..dia buat pe sekarang?”. Aku terpinga sekejap kerana diasak dgn soklan bertalu2 dan juga bengang sikit kerana hajat aku belum dilepaskan lagi. Tapi oleh kerana rasa hormat aku pada adik ni aku menjawab dengan semangat “ahah..mana adik kenal dia? Dia sambung belajar, kat SP. Adik dok mana?” Dia menjawab”oh gitu ke…saya classmate dia kat SMAUS form 1 sampai form 5. Penah lepak umah akak dgn din…” AKu senyum je. ok cerita fasa 1 habis di sini

********************

Tengaharinya, aku sedang tekun mentelaah minit SUB yang agak tidak aku faham sangat sambil menggaru2 pipi. Tiba-tiba adik cleaner tadi bagi salam dan minta izin utk amik sampah dlm dustbin. Dia terkejut bila nampak aku. “wah..bestnya akak keje sini, ada bilik plak tu…mesti besar pangkat ni kan..” Aku senyum je dan membalas ” Best skit je dik…yang banyaknya tak best” Dia balas kata2 aku dgn pandangan pelik, mungkin heran nape plak tak best keje dlm bilik aircond, siap ada designation tag kat pintu lagi. Lepas dia pegi dgn sampahnya, aku termenung (tapi buat2 tengak belek kertas)…betapa tak bersyukurnya aku, dah dibagi keje elok, gaji besar, opis selesa. bermacam kemudahan yang tak mampu utk org lain rasa..masih cakap best skit je…aku cuba letakkan diri aku kat tempat adik tadi dan juga cleaner2 yang lain. Diorang keje guna kudrat 100%, penat lagi. Tak ada opis aircond, tak ada kemudahan nak bercuti sambil bekerja (yg ni aku tak dapat nafikan), gaji ciput, tapi masih boleh bangga dgn pekerjaan dia. Dan hari ni aku juga berharap agar apa yang aku ada hari ni maksudnya jawatan dan kesenangan akan dapat memberi perangsang dan dorongan buat adik2 dan insan2 lain diluar sana untuk berusaha mencari kesenangan hidup. Moga2 diorang pun dapat rasa apa yang aku rasa hari ini…semoga diorang berbahagia dgn hidup diorang…..dan aku terpikir

“semurni-murni hati insan berjaya ialah apabila dia sentiasa mengharap perkara yang sama berlaku padanya akan berulang pada insan lain…”

2 Comments (+add yours?)

  1. aishah
    Aug 13, 2007 @ 10:58:07

    Be grateful. I like this post. Nanti tunjuk ek kawan adik ko tuh. taking care.

    Reply

  2. mamawafiy
    Aug 14, 2007 @ 00:33:49

    thanks for the reminder. ada masa nanti aku tunjukkan ko budak ni ek…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: