Perjalanan Hidupku Di Minggu Awal Bulan Kemerdekaan

5 Ogos 2007

Masih pening2 lalat setelah kembali dari Hari Keluarga MOT di Teluk Batik. Sakit2 satu badan, yela asik mendukung Wafiy saja sepanjang weekend. On the way balik ke Dengkil, sempat terlelap beberapa kali sampai papa Wafiy brek mengejut suruh aku temankan dia drive. Sori la pa, i’m tired..tiba di rumah jam 10 lebih, sebab berhenti byk kali. ada budak kecik biasa la tu. Kemaskan brg2 dan yg paling penting beg sekolah Wafiy. Kalau nak tunggu esok pagi alamatnya tak pakai baju la Wafiy kat sekolah nanti.

6 Ogos 2007

Pagi Isnin yang amat liat. Aku yang liat sebenarnya. Tapi bersyukur sebab papa iron baju kerja sendiri. Mungkin dia kesian tgk aku bangun pun mcm tak daya je. Wafiy masih teruskan perangai baik dia. Leka dengan patung ‘adik’ dia. On the way ke sekolah, tidur je dia. In fact, keluar dari pagar rumah dah terlena. Sampai di ofis, OMG…aku kena ke Kuching utk miting rundingan harga kat Jbtn Laut Srwk. Damn..flight pkl 3.50 petang plak tu. Jam 12.00 dah cabut, balik umah kemas barang and gerak ke KLIA. Check in kat boarding pkl 3.00, nampak Kak Min tapi since muka dia masam semcm je, tak jadi tegur. Terukkan aku ni, suka sgt buat assumption sendiri. Nampak je muka org masam skit, dah cuak. Patutnya tegur je la..what the heck kalau dia nak sumpah seranah ku pun…tapi tak pe janji lepas ni tanak buat blind asumption lagi.  On board, aku rasa mual semacam. sebab too many big clouds and Airbus 330 tu langgar bagai nak gila..goyang la apa lagi. Senak perut gue. Nak muntah tapi kat rest room tak jadi plak. Landed pkl 5.50 and terus amik cab ke Holiday Inn. Masih lagi nak muntah..dan terpinga2 mencari manakah aku punya notebook. Adakah tercicir di airport. oh tidak…rupanya papa dah lupa nak masukkan dlm kete pagi tadi so kira aku tak bawa la benda alah tu..ok ok..selamat dari bebelan papa. Sampai je Holiday Inn terus buka tv tengok ManjaLara. Seronok gak sekali sekala dok sorang2 ni.

Pkl 7.30 lepas je habis Manja aku mandi dan solat. Bersiap utk dinner. Nak tengok gak apa yg menarik kat Kuching ni. Ada kawan dari EPU (en Kahar) stay Holiday Inn jgk, dia ajak aku dinner kat Waterfront dengan member dia. aku tak join dia, instead aku g McD seberang hotel, buat mcm rumah sendiri je aku…lepas dinner terus ke Pusat Beli Belah Tun Jugah tgk2 apa yg bleh buat souvenir…last2 aku park kat POPULAR. Beli 2 buah buku yang menarik 1. 1000 tips for mom and dad by Peggy Vance RM39.45 2. A Place Call Here by Cecelia Ahern RM36.50….try to finish the first one at night but unluckily slept over…penat la…sudahnya buku yg baca aku.

7 Ogos 2007

Started the day with a marvellous breakfast. Hari yg sungguh best tanpa rasa rush nak ke opis..hehehe..but i really miss my hubby and Wafiy. Tak sabar nak balik. Jam 9 ke Jbtn Laut, driver (Zaidi Bujang) amik we all (aku+en kahar). Sempat juga sembang2 dgn driver pasal tempat menarik di Kuching.

Meeting dgn Telekom, habis jam 12.30 dan ke MErdeka Palace utk lunch. Rasa tak selesa sbb kena mkn dgn third party i mean the party that oppose govt in the meeting..feel awkward..and berfikir berkali2 adakah betul tindakan aku mkn dgn belanja ditanggung oleh mereka..kena siasat bpr tak nih?

Sampai di hotel jam 3.30, solat dan kemas2 and check out at 4.00 pm. Overall, service Holiday Inn Kuching memang best, first class. And aku nak nasihat kat kawan2 aku kalau p Kuching dan nak stay kat HI, Hilton atau Crowne Riverside, silala reserve kat Exec Floor. Anda akan dpt byk kelebihan. Maybe ada kawan yg dah tau benda ni tapi for those who tatau…nanti aku cerita lagi yea…

Flight jam 6.40, aku check in pkl 6.00, jumpa KAk MIn kat kafe sedang melayari internet..this time i won’t repeat my mistake, aku terus terkam dia..hehehe…tak peduli dia marah ke tak…aku cerita la yg aku nmpk dia kat KLIA and how i ignored her for that reason..dia gelak jer..kami sembang2 tukar2 cerita psl baby and how messy our home rite now coz of kesibukan kerja kita ni..she give me a good suggestion and rite now i’m thinking bout that again..dia kata kalau malas sgt nak kemas rumah apa kata amik helpers at weekend utk make up rumah..betul jgk tu..brilliante’. tapi bila aku ckp kat papa dia kata toksah la..malu nanti helpers tu pengsan tgk umah kita mcm sarang burung kat gua niah ni ha…aku replied..ok what…dah keje dia tolong kemas umah, nak ckp banyak buat pe..tapi sampai ke sudah tak de jwpn rasmi..tak diperkenankan la tu…nak harap aku kemas umah..tak habis2 le jwbnya papa oii…

itula dia perjalanan hidup di awal bulan ni..nanti sambung lagi yea..chow dear..

2 Comments (+add yours?)

  1. aishah
    Aug 13, 2007 @ 10:55:13

    no wonder i haven’t caught a sight of u last week. gi kuching rupanya.

    hmm…bizi kan? tak larat seyh. nasib aku bujang trang tang-tang lagi…boleh lepak opis sampai lewat…bleh la gak setelkan keje yang tak pernah setel nih.

    well…Alhamdulillah.ada gak keje.

    Reply

  2. mamawafiy
    Aug 14, 2007 @ 00:34:40

    alhamdulillah…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: