Resepi: Asam Pedas Tenggiri

resepi turun temurun

Salam Sabtu semua..

ni resepi turun temurun dari arwah nenek belah abah..

since ada yg bertanya resepinya, so saya share kan lah..

Bahan-bahan:

4 keping ikan tenggiri (saiz potongan ikut selera masing-masing), dibasuh bersih

6 sudu cili kisar (nak pakai cili giling or cili boh pun boleh)

3 inci belacan – dikisar

3 inci halia- dikisar

5 ulas bawang merah kecil- dikisar

4 ulas bawang putih- dikisar

2 inci kunyit hidup- dikisar

5 biji lada hitam- dikisar

asam keping- 2 keping sederhana, kalau tak ada guna asam jawa pun boleh

minyak secukupnya untuk menumis

air bersih 300 ml

optional: kacang bendi atau tomato..saya tak masukkan pasal takde stok hehehe

Cara memasak:

1. panaskan minyak dalam periuk. kemudian tumis bahan2 kisar bersama cili sampai naik bau dan nampak berminyak.

2. masukkan kepingan ikan tenggiri. gaul sikit2 jgn kasar2 sgt..nnt pecah pulak ikan tu. tunggu sekejap sampai ikan nampak kecut skit.

3. masukkan air bersih dan biarkan sehingga mendidik.

4. dah mendidih, masukkan asam keping/ asam jawa. mak kata jgn masukkan asam selagi air tak mendidih kerana takut nanti isi ikan tak empuk…

5. tunggu sampai kuah nampak bersenggat (berkurangan) kat periuk tu..baru tutup api.

6. sedia untuk dihidangkan. (jika nak masukkan sayur bendi atau tomato sila masukkan sebelum step 5 tu yer).

dalam family saya, asam pedas is a must dish everytime adik beradik sedara mara dtg..sebab senang nak buat, tak renyah. just campak2 dan tunggu kejap, dah siap. dan lauk boleh dipelbagaikan, kalau nak tukar ikan lain pun boleh. cuma kami suka makan ikan tenggiri. makcik¬† saya orang Melaka suka buat daging asam pedas. ikut preference masing2 la yer….saya pun suka masakan ni pasal senang dan ringkas…(tapi tak rajin buat pun…sebab incik abang tak berapa gemar..masak malam semalam pun beliau cuit2 manja jer)..

okla selamat mencuba kepada yang nak mencuba!!!!

 

2 Comments (+add yours?)

  1. MR 1
    Aug 18, 2011 @ 15:54:49

    terima kasih utk penulis…dapat gak saya masak asam pedas ptg ni utk berbuka…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: