since sahabat2 mama iaitu Rattna dan Mama Naylie dah minta supaya diperturunkan (ewah) resepi ni stlh mereka terliur melihat gambar yg aku paparkan mlm tadi….ni dia resepi yang aku ubahsuai dan juga termasuk tips cik echah kita……
Bahan-bahan
- seekor ikan kerapu- saiz ikut suka korang ler…nak senang mtk org jual ikan tu bersihkan siap2
- 5 ulas bawang merah kecil- dihiris halus..
- 5 ulas bawang putih- dihiris halus
- 3 inci halia muda- kalau nak lebih rasa pedas dan bau wangi lebih, lebihkan la halia..dan halia ni dihiris memanjang dan nipis2
- 10 biji cili api- kalau nak lebih pedas, lebihkan cili..dan hiris halus
- 3 biji limau nipis- perah airnya
- asam boi yg putih dan besar skit..jgn yg keras, pilih asam boi yg lembut (betul tak echah?)
- garam dan gula secukup rasa
- sedikit asam jawa utk lumurkan kat ikan masa basuh utk hilangkan hanyir
cara-cara buat:
- masukkan ikan dalam bekas yg sesuai (seeloknya ikan tu dikelar dan jgn dipotong, biarkan sekor2)
- taburkan bahan2 yg dihiris tadi kat atas ikan..kalau rajin selit2kan sikit bhn2 kat dlm perut ikan utk bagi bahan meresap cepat ke dalam ikan
- campurkan air perahan limau nipis, asam boi, garam, gula dan air suam dalam satu bekas dan kacau rata..kalau suka kuah banyak letakla air suam byk2……
- masukkan campuran tadi ke dalam mangkuk berisi ikan tadi
- masukkan dalam microwave, suhu medium high dgn masa 25 minit..
- kalau nak kukus guna pengukus biasa pun ok tapi disebabkan pengukus aku kecik dan tak muat nak letak ikan tu…guna microwave je la..kalau guna kukus biasa pun bleh..
taddada…siap dah Siakap Steam Ala Echah kita puan2 hehehee (gambar spt di post terdahulu)
So, selamat mencuba yeeeee…..






Jun 12, 2008 @ 08:53:10
nanti gua kasik resepi ni kat bini gua la.. hehe
Jun 12, 2008 @ 09:52:07
nak kena print nie.. hujung minggu bley carik ikan.. nak ngetes resepi mama nie.. he he.. dah test kiter kasi bintang kat resepi nie k..
Jun 12, 2008 @ 14:33:03
faruqy: alamak segan la aku wei..ntah2 wife kau lagi pandia msk..tak pyh resepi2 semua…
khas: ye ye cuba jgn tak cuba, khas…nanti kalau dah masak cerita la kat kita apa hasilnya..
Jun 12, 2008 @ 17:42:26
ayoyo…giler la kau punya resipi. step by step..nanti aku pun nak try lah….
)
Jun 13, 2008 @ 09:36:29
mmg akan kucuba resipi ini..hehhehe..tenkiu sbb berkongsi
Jun 13, 2008 @ 09:39:50
echah: try la..lagipun takkan tuan punya resepi taknak cuba kann..hehehee
ayuazril: kesian plak kat kau…dah la pregnen, aku plak cerita psl mknan je kat blog..meleleh air liur baby..
Jun 27, 2008 @ 11:16:51
ecah perturun ilmu masak?
cool~~~
Jun 27, 2008 @ 11:35:13
echah mmg pandai masak……nasib baik dia ckp letak asam boi..kalau tak mmg tak sdp la siakap kukus aku….
p.s: aku link blog ko okey…….
Jun 27, 2008 @ 16:10:19
ok..sila kan..
Jul 11, 2008 @ 17:17:45
wahh.. dah rajin ke dapur sekarang.. boleh la buat open house raya nanti.
Jul 11, 2008 @ 17:21:31
boleh..mmg tu la niat aku yg dah lama tak tertunai…
Aug 26, 2009 @ 17:06:13
em asam boi 2 cam asam masin ye… poningla kat kedai 2 ada banyak asamla..letak asam keping leh xxx.nak masak untuk berbukakla
Aug 28, 2009 @ 14:15:03
boleh jgk tapi kurang kick la mama….try la dulu
Dec 30, 2009 @ 09:50:52
kalau suka, boleh letak sos nampla sikit…kita buat selalunya letak..aura tersendiri..hehehe
Dec 30, 2009 @ 11:18:47
sos nampla tu apa ek??
Mar 15, 2010 @ 21:39:34
dah try la… tak menjadi pun.
Mar 16, 2010 @ 14:32:59
emm..ye ker..
saya rasa awak kena cuba lagi lah…bak kata chef wan, memasak ni perlukan trial and error hehehe
btw, tq for trying resepi yg tak seberapa ni
Aug 17, 2010 @ 00:04:54
rasanya resepi ni macam dah pernah buat..memamg sedap…tapi langkah yang kena masukkan bahan dalam perut ikan 2 x le buat….terima kasih atas resepi ini..akan buat esok2 hari
Aug 17, 2010 @ 13:18:41
eheheh..part sumbat perut ikan tu i tambah sendiri..nak kasi sedap kununnyer..thanks for visiting me..
Oct 16, 2011 @ 16:43:36
tima kasih atas resepi
Oct 24, 2011 @ 11:13:21
sama2..harap ianya membantu